Strategi Penyesuaigunaan terhadap Bangunan Kompleks Membeli-belah Yang Semakin Mati – Kajian Kes UTC Pudu Sentral
Penyesuaigunaan adalah salah satu penyelesaian popular dalam pemuliharaan bangunan lama dengan menyediakan program penggunaan baharu daripada yang asalnya. Pendekatan ini lazimnya dapat dilihat dan diaplikasikan dalam pemuliharaan bangunan bersejarah atau bangunan berusia yang mempunyai ciri warisan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23495/1/38.pdf http://journalarticle.ukm.my/23495/ https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Penyesuaigunaan adalah salah satu penyelesaian popular dalam pemuliharaan bangunan lama dengan menyediakan program penggunaan baharu daripada yang asalnya. Pendekatan ini lazimnya dapat dilihat dan diaplikasikan dalam pemuliharaan bangunan bersejarah atau bangunan berusia yang mempunyai ciri warisan yang ketara. Bangunan bersaiz besar dan kompleks seperti bangunan pusat membeli belah tidak terkecuali mengalami kemerosotan penggunaan, lebih-lebih lagi apabila kewujudan kompleks membeli belah baru yang moden dibina di sekitarnya, menjadikan kompleks sedia ada yang semakin berusia ini semakin mati dan akhirnya ditinggalkan kosong. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah dan strategi pendekatan penyesuaigunaan ke atas bangunan kompleks lama seperti bangunan pusat membeli-belah atau bangunan kotak-besar yang hampir mati, dan tumpuan kajian adalah di sekitar kawasan Lembah Klang yang mana terdapatnya limpahan bangunan seumpama ini. UTC Pudu Sentral digunakan sebagai kajian kes di mana siasatan mendalam dijalankan ke atasnya melalui sesi temubual dengan pihak pengurusan bangunan tersebut. Beberapa intervensi dalam penggunaan pendekatan penyesuaigunaan bagi bangunan kompleks telah dikenalpasti, dan pemilihan kaedah penyesuaigunaan ini adalah melihat kepada aspek kelestarian seperti pertimbangan terhadap sumber, ekonomi dan penggunaan tenaga. Hasil tinjauan kajian ini juga dapat memberi satu gambaran awal berkaitan peluang penggunaan semula bagi bangunan kompleks yang semakin merosot dan mengutamakan kaedah ini sebagai salah satu kaedah pembinaan yang lebih lestari untuk masa hadapan yang sekaligus mengurangkan jumlah bangunan kosong dan terabai berikutan lambakan pusat membeli belah moden di sekitar Lembah Klang |
---|