Alam dalam antologi cakerawala Islam nusantara: satu analisis takmilah
Alam berperanan kepada pembentukan jati diri dan pembangunan kemanusiaan. Karya kreatif pula menjadi medium utama untuk mendidik manusia menjadi lebih baik, justeru karya seperti sajak menyelit unsur pengajaran secara kreatif dan berkesan. Pengkarya menjadikan alam sebagai imej dalam menyelitkan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24153/1/Islamiyyat_46_1_7.pdf http://journalarticle.ukm.my/24153/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1700 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Alam berperanan kepada pembentukan jati diri dan pembangunan kemanusiaan. Karya kreatif pula menjadi medium
utama untuk mendidik manusia menjadi lebih baik, justeru karya seperti sajak menyelit unsur pengajaran secara
kreatif dan berkesan. Pengkarya menjadikan alam sebagai imej dalam menyelitkan mesej kepada khalayak. Kajian
ini bertujuan menganalisis perkaitan alam dan kesannya kepada manusia dari jurus pandang tujuh orang penyair
yang terkandung dalam Antologi ‘Cakerawala Islam Nusantara’ (2023). Antologi ini mengandungi sajak garapan
203 orang penyair dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penelitian ini
menganalisis perkaitan antara alam dan kesannya kepada manusia dari sudut pandang Teori Takmilah. Analisis karya
memfokuskan kepada prinsip ketujuh dalam teori tersebut, iaitu proses keilmuan digarap dalam karya sejajar dengan
tujuan memupuk ke arah insan kamil. Kajian ini mendapati bahawa sajak yang dihasilkan tujuh pengarang terbabit
berupaya menjadikan alam sebagai panduan kehidupan, seterusnya membentuk khalayak menjadi lebih baik sejajar
dengan matlamat ketujuh dalam Teori Takmilah. |
---|