Kebolehterimaan keterangan anjing pengesan di Amerika Syarikat

Dengan teknologi yang semakin maju sepantas kilat, teknik penyiasatan forensik yang baharu telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, beberapa sabitan dalam kes jenayah masih bergantung pada teknik lama dan tradisional, seperti penggunaan anjing pengesan atau K-9. Umum mengetahui bahawa, anjing ialah ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Brendan, Kevin Kung, Ramalinggam Rajamanickam, Muhammad Helmi Md. Said
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24206/1/JM%205.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24206/
https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1714
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Dengan teknologi yang semakin maju sepantas kilat, teknik penyiasatan forensik yang baharu telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, beberapa sabitan dalam kes jenayah masih bergantung pada teknik lama dan tradisional, seperti penggunaan anjing pengesan atau K-9. Umum mengetahui bahawa, anjing ialah haiwan yang pintar dan mempunyai deria bau yang tajam. Pada awalnya, mahkamah di Amerika Syarikat teragak-agak untuk menerima keterangan anjing pengesan dan telah meluahkan kebimbangan, khususnya apabila anjing membuat inferens. Namun, keterangan anjing pengesan telah diterima oleh mahkamah di Amerika Syarikat sejak satu abad yang lalu. Memandangkan anjing tidak boleh masuk ke kandang saksi untuk memberikan keterangan di mahkamah, pengendali anjing dibenarkan untuk memberikan keterangan bagi anjingnya berhubungan dengan penjejakan dan pengesanan. Mahkamah di bidang kuasa lain telah menganggap pengendali anjing sebagai saksi pakar. Hal ini menyebabkan pendapat mereka boleh diterima sebagai keterangan pakar. Artikel ini mengupas isu berkaitan dengan penggunaan anjing pengesan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat. Selain itu, artikel ini juga membincangkan kebolehterimaan keterangan anjing pengesan oleh mahkamah di Amerika Syarikat. Metodologi yang digunakan dalam artikel ini adalah deskriptif, doktrinal, analitis dan preskriptif kerana keputusan kes, jurnal dan buku berkaitan dengan keterangan anjing pengesan dianalisis.