Hubungan antara perkongsian nilai dan jaringan hubungan dengan amalan budaya organisasi berorientasikan tadbir urus awam baik

Pencapaian matlamat organisasi awam adalah berkait rapat dengan tadbir urus organisasi. Tadbir urus awam yang baik dapat direalisasikan melalui budaya organisasi bermanafaat. Justeru, nilai bersama ahli organisasi dan bentuk jaringan hubungan adalah faktor penting yang menentukan kewujudan amalan bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norkhairilhuda Mustapha, Suraiya Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24307/1/111_124%20730702552131PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24307/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pencapaian matlamat organisasi awam adalah berkait rapat dengan tadbir urus organisasi. Tadbir urus awam yang baik dapat direalisasikan melalui budaya organisasi bermanafaat. Justeru, nilai bersama ahli organisasi dan bentuk jaringan hubungan adalah faktor penting yang menentukan kewujudan amalan budaya organisasi ke arah pelaksanaan tadbir urus awam baik dalam kalangan penjawat awam yang terlibat dalam operasi penyampaian perkhidmatan awam. Objektif kajian adalah untuk menganalisis hubungan dan pengaruh dimensi budaya organisasi iaitu perkongsian nilai dan jaringan hubungan terhadap amalan budaya organisasi berorientasikan tadbir urus awam baik. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu teknik survei bagi mendapatkan data. Seramai 169 orang penjawat awam yang terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berkhidmat di sebuah Kementerian Kerajaan telah dipilih sebagai sampel melalui teknik persampelan rawak sistematik. Analisis regresi berganda digunakan untuk menguji hubungan serta pengaruh di antara dimensi budaya organisasi terhadap amalan budaya organisasi berorientasi tadbir urus awam baik. Hasil kajian menunjukkan pengaruh yang signifikan wujud di antara perkongsian nilai dan jaringan hubungan dengan amalan budaya organisasi berorientasi tadbir urus awam yang baik. Secara perbandingan pula didapati pengaruh dimensi perkongsian nilai lebih kuat berbanding jaringan hubungan. Implikasi teoritikalnya kajian telah membuktikan kerelevanan perkongsian nilai dan jaringan dalam menyokong budaya organisasi awam berorientasi tadbir urus baik. Justeru, budaya organisasi berasaskan dimensi perkongsian nilai dan jaringan hubungan perlu diberi perhatian oleh agensi awam supaya budaya organisasi yang menyokong tadbir urus awam yang baik dapat diterap dalam seluruh organisasi.