Hubungan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres dalam kalangan pelajar universiti

Stres merupakan salah satu emosi yang normal dan sihat. Walau bagaimanapun, ia boleh merosakkan dan menganggu fungsi kehidupan seseorang itu. Justeru, stres merupakan salah satu elemen psikologi yang menjadi perhatian para pengkaji apabila menyelidik tentang ketagihan telefon pintar. Terdapat banyak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Audi Nabil Mat Isa, Suzana Mohd Hoesni
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24335/1/461_471%20764522555211PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24335/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Stres merupakan salah satu emosi yang normal dan sihat. Walau bagaimanapun, ia boleh merosakkan dan menganggu fungsi kehidupan seseorang itu. Justeru, stres merupakan salah satu elemen psikologi yang menjadi perhatian para pengkaji apabila menyelidik tentang ketagihan telefon pintar. Terdapat banyak kajian lepas yang menunjukkan bahawa stres yang timbul dari ketagihan telefon pintar dapat memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang individu. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres individu dalam kalangan pelajar Universiti di Malaysia. Kaedah pensampelan mudah telah dijalankan dengan mengedarkan soal selidik dengan pautan Google Form di platform media sosial iaitu WhatsApp, Instagram dan Facebook. Sejumlah 165 orang pelajar universiti di serata Malaysia telah secara sukarela melengkapkan soal selidik yang mengandungi soalan yang berkaitan latar belakang personal, persepsi stres dan ketagihan telefon pintar. Hasil analisis korelasi Pearson telah menunjukkan terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara ketagihan telefon pintar dan persepsi stres, r=.31**, p<.001. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa semakin meningkat skor ketagihan penggunaan telefon pintar dalam kalangan responden, semakin tinggi tanggapan stres. Kajian ini mempunyai dua implikasi yang utama terhadap bidang psikologi dan praktis. Hasil kajian ini dapat membantu memperluaskan kefahaman tentang ketagihan telefon pintar dan kesejahteraan psikologi. Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat membantu profesion menolong seperti kaunselor, ahli terapi dan pekerja sosial bagi mengendalikan klien yang mempunyai isu ketagihan telefon pintar. Pengkaji mencadangkan kajian pada masa akan datang perlu menggunakan sampel yang lebih besar dan memfokuskan pembolehubah psikologi seperti kesejahteraan psikologi, daya tindakbalas dan regulasi emosi.