Impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya Wilayah Iskandar Malaysia terhadap kesejahteraan hidup penduduk asal setempat

Pembangunan Bandar Baru Nusajaya, Wilayah Iskandar Malaysia sebagai sebuah projek mega di Negara ini, memberi impak langsung kepada penduduk asal setempat. Menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui kaji selidik di lapangan, kajian ini bertujuan untuk membuat penilaian awal terhadap impak pemban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Katiman Rostam, Abdul Rahim Md. Nor, Er Ah Choy, Aishah@Eshah Mokamed, Zaini Sakawi, Hasan Mohd Nor, Rosniza Aznie
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3199/1/2.geografia-2011-4-sp-katiman-ukm-1-EDITED_ROSMIZA-24.10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3199/
http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembangunan Bandar Baru Nusajaya, Wilayah Iskandar Malaysia sebagai sebuah projek mega di Negara ini, memberi impak langsung kepada penduduk asal setempat. Menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui kaji selidik di lapangan, kajian ini bertujuan untuk membuat penilaian awal terhadap impak pembangunan bandar baru tersebut ke atas isi rumah terbabit. Impak sosioekonomi yang bersifat segera adalah penduduk kehilangan suasana kehidupan tradisional, penempatan semula ke kawasan bandar baru, perubahan pekerjaan isi rumah dan peningkatan pendapatan bulanan. Bagitu juga dari segi peningkatan kualiti rumah kediaman dan ketersampaian kepada kemudahan perkhidmatan sosial. Sebahagian besar isi rumah yang terlibat dengan projek tersebut telah dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah tinggal di bandar baru tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa masalah keselamatan belum lagi menjadi ancaman kepada kehidupan mereka dan hubungan kejiranan masih lagi rapat. Walau pun begitu ramai yang merasakan bahawa tahap amalan agama, terutamanya dalam kalangan remaja kian menurun. Majoriti mengama lkan agama pada tahap sederhana dan ramai juga yang tidak ambil peduli. Fenomena ini, walau pun sesuatu yang lazim bagi sebuah masyarakat yang sedang mengalami perubahan pesat, memerlukan suatu polisi yang khusus bagi menanganinya