Sistem minigenom virus penyakit newcastle (NDV) AF2240 sebagai sistem pengekspresan gen sel mamalia (Minigenome System for Newcastle Disease Virus (NDV) AF2240 as a Gene Expression System for Mammalian Cells)
Sistem minigenom telah digunakan untuk mengkaji replikasi dan transkripsi virus RNA tidak bersegmen. Objektif kajian ini adalah untuk membina sistem minigenom bagi virus NDV strain tempatan, AF2240 serta bagi mengkaji mekanisme transkripsi dan replikasi virus ini. Bagi tujuan ini lima plasmid di...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3931/1/06%2520Shahrul.pdf http://journalarticle.ukm.my/3931/ http://www.ukm.my/jsm |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Sistem minigenom telah digunakan untuk mengkaji replikasi dan transkripsi virus RNA tidak bersegmen. Objektif kajian
ini adalah untuk membina sistem minigenom bagi virus NDV strain tempatan, AF2240 serta bagi mengkaji mekanisme
transkripsi dan replikasi virus ini. Bagi tujuan ini lima plasmid digunakan iaitu pMGNDV, pCITENP, pCITEP, pTriEX-T7,
dan pGEML. Kesemua plasmid diekstrak secara berskala besar dan dimendakkan menggunakan polietilina glikol. Hasil
ekstrak ini digunakan untuk transfeksi ke dalam sel. Translasi in vitro dilakukan dengan menggunakan pCITENP, pCITEP,
dan pTriEX-T7 untuk memastikan kesemua konstruk ini berfungsi. Hasil pemblotan western menunjukkan protein bersaiz
~100 kDa (T7), ~53 kDa (NP), ~53 dan 55 kDa (P) berjaya diekspreskan. Protein CAT diperoleh apabila plasmid yang
mengekodkan minigenom NDV ditransfeksi bersama plasmid yang mengekodkan protein nukleokapsid (NP), fosfoprotein (P)
dan subunit besar polimerase (L) ke dalam sel BHK-21. Dianggarkan 55 pg protein CAT berjaya diperoleh menggunakan kit
CAT ELISA. Hasil pemblotan western turut menunjukkan protein CAT bersaiz 25 kDa dihasilkan. Kesimpulannnya, sistem
minigenom ini berupaya untuk berfungsi dan mampu mengekspreskan gen asing di dalam sel mamalia BHK-21. |
---|