Infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar dalam kalangan kanak-kanak orang asli di Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan (Entamoeba histolytica and/or entamoeba dispar infection amongst the Orang Asli children at Pos Sungai Rual, Jeli, Kelantan)
Entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar merupakan protozoa usus yang mempunyai prevalens infeksi yang tinggi dalam kalangan masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli. Ia tersebar secara meluas di kawasan tropika dan subtropika serta di negara membangun berbanding negara maju...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5471/1/07%2520Mariam.pdf http://journalarticle.ukm.my/5471/ http://www.ukm.my/jsm/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar merupakan protozoa usus yang mempunyai prevalens infeksi yang
tinggi dalam kalangan masyarakat pedalaman terutamanya masyarakat Orang Asli. Ia tersebar secara meluas di kawasan
tropika dan subtropika serta di negara membangun berbanding negara maju. Sebanyak 111 sampel feses kanak-kanak
Orang Asli daripada suku kaum Jahai telah diterima dan disaring untuk entamoeba histolytica dan/atau entamoeba
dispar menggunakan kaedah apusan langsung yang memberi hasil positif terhadap 43 sampel atau 38.7%. Oleh sebab
amaun sampel yang diterima adalah sedikit, hanya 66 sampel feses sahaja yang dapat diperiksa menggunakan tiga
jenis teknik diagnostik berbeza iaitu apusan langsung, kepekatan formalin-eter dan pewarnaan trikrom. Hasil kajian
mendapati, prevalens yang tinggi bagi infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar iaitu 50% menggunakan
ketiga-tiga teknik diagnosis. Prevalens infeksi yang tinggi juga turut ditunjukkan pada kanak-kanak perempuan iaitu
62.5% berbanding kanak-kanak lelaki 30.8% (p<0.05). Selain itu, daripada segi umur, kanak-kanak yang berumur
7-9 tahun adalah lebih terdedah kepada infeksi entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar dengan prevalens
60.7% (p>0.05). Teknik pewarnaan trikrom menunjukkan pengesanan 100% ke atas infeksi entamoeba histolytica dan/
atau entamoeba dispar, diikuti teknik kepekatan formalin-eter 78.8% dan apusan langsung 72.7%. Prevalens infeksi
entamoeba histolytica dan/atau entamoeba dispar yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Sungai
Rual ini berhubungkait dengan pelbagai faktor iaitu status sosioekonomi yang rendah, kekurangan pengetahuan
tentang penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah. Peningkatan prevalens infeksi dalam kajian ini juga
menunjukkan pentingnya penggunaan teknik diagnostik yang lebih berkesan dalam pemeriksaan rutin bagi mendapatkan
hasil diagnosis yang lebih tepat. |
---|