Melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat: peranan Institusi Masjid di Malaysia
Kajian ini bertujuan mengkaji kemungkinan melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah pengagihan zakat di Malaysia dan seterusnya meneliti peranan institusi masjid untuk melaksanakannya. Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa memung...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
FEP
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5693/1/vol3ch7.pdf http://journalarticle.ukm.my/5693/ http://www.ukm.my/ajag/issues.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengkaji kemungkinan melokalisasikan urus tadbir pengagihan zakat sebagai penyelesaian alternatif
kepada masalah pengagihan zakat di Malaysia dan seterusnya meneliti peranan institusi masjid untuk melaksanakannya.
Kaedah lokalisasi melibatkan proses desentralisasi kuasa memungut dan mengagih zakat dan menyerahkan tugas
memungut zakat kepada amil dan kakitangan institusi zakat di sesuatu mukim untuk diagihkan kepada asnaf di mukim
tersebut. Namun begitu kejayaan perlaksanaan konsep lokalisasi perlu ditinjau dari sudut peranan institusi masjid sebagai
institusi Islam yang paling hampir dengan masyarakat Islam setempat. Beberapa pembolehubah diuji menganalisis
persepsi amil dan penerima zakat terhadap institusi masjid, terutamanya dalam memartabatkan peranan institusi masjid
dari sudut pengurusan zakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara peranan masjid
dengan cadangan lokalisasi pengagihan zakat, dan pengaruh peranan masjid terhadap cadangan lokalisasi adalah
sangat ketara dan signifikan. Beberapa implikasi dasar dan cadangan turut dibincangkan dalam kajian ini. |
---|