Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang
Aset semula jadi sama ada berasaskan alam sekitar ataupun budaya sudah menjadi sebahagian daripada prasyarat dalam memajukan sektor pelancongan. Apabila ia menjadi motif utama kunjungan pelancong ke sesebuah destinasi, ini menunjukkan faktor tersebut berterusan menjadi penting dalam pelancongan, te...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6513/1/full8-jul2013.pdf http://journalarticle.ukm.my/6513/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Aset semula jadi sama ada berasaskan alam sekitar ataupun budaya sudah menjadi sebahagian daripada prasyarat
dalam memajukan sektor pelancongan. Apabila ia menjadi motif utama kunjungan pelancong ke sesebuah destinasi, ini menunjukkan faktor tersebut berterusan menjadi penting dalam pelancongan, terutama bagi negeri-negeri yang kaya dengan tarikan dan sumber semula jadi. Dalam konteks ini, negeri Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai kepelbagaian aset semula jadi yang mampu menjadi tarikan pelancongan.Persoalannya, bagaimanakah memperkasakan aset semula jadi yang pada umumnya ‘kaku’ dan ‘keras’ kepada
suatu perwatakan yang ‘lembut’ dan ‘bermakna’, yang berupaya menjanakan pengalaman, penceritaan dan keunikan kepada pelancong. Selain itu, ia masih belum difahami secara mendalam, terutama oleh pihak-pihak berkepentingan. Meskipun ekopelancongan dan pelancongan alam semula jadi sudah berdekad lamanya berada dalam dimensi pelancongan, namun masih ada ruang dan kewajaran untuk memperkasakannya sekiranya aset ini dilihat secara lebih berkarakter, menawarkan pengalaman, penceritaan dan ilmu lokal yang dicari-cari oleh para pelancong masa kini. Makalah ini cuba memberikan senario aset semula jadi di negeri Pahang dan kawasan ekobudaya Tasik Chini-Pekan dalam usaha untuk mengenal pasti pendekatan dalam memperkasakan lagi aset
semula jadi tersebut. Melalui penelitian ini, aset semula jadi tersebut mempunyai ragam dan dimensi yang perlu
diangkat sama ada menjadi ikon pelancongan negeri Pahang, dibentuk semula sebagai produk cenderahati dan
perhiasan diri ataupun menjadi landskap panorama yang menjana percutian kembara jelajah negeri atau laluan
luar bandar yang lebih menarik. Makalah ini turut mengemukakan cadangan bagaimana memperkasakan aset
semula jadi ini bagi membolehkan pihak berkepentingan melakukan inisiatif secara kolaborasi iteratif antara
komuniti dan Universiti. Ini akan memastikan aset semula jadi ini terus menjadi prasyarat utama perkembangan
dan kelestarian pelancongan Negeri Pahang. |
---|