Nota Penyelidikan gender dan pekerjaan di Malaysia: Perlunya tempat kerja yang ‘mesra wanita

Pembahagian pekerjaan boleh dibuat secara mendatar dan menegak. Walaupun pembahagian mendatar telah banyak berubah namun masih lagi berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pekerja wanita kini tidak lagi bertumpu dalam sektor pertanian tetapi sudah terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Rahamah Abu Bakar
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8341/1/19x.geografia-nov14-rahamah-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8341/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pembahagian pekerjaan boleh dibuat secara mendatar dan menegak. Walaupun pembahagian mendatar telah banyak berubah namun masih lagi berlaku di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pekerja wanita kini tidak lagi bertumpu dalam sektor pertanian tetapi sudah terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sedangkan majoriti pekerja lelaki masih lagi bertumpu dalam industri perlombongan dan perkhidmatan pembekalan, selain sektor pertanian. Dalam pembahagian pekerjaan secara menegak, pekerja wanita dan lelaki masih bertumpu dalam hierarki yang berbeza. Tumpuan wanita masih jelas dalam pekerjaan tingkat rendah, kolar-biru dan peringkat bawahan pekerjaan kolar-putih dan profesional. Bagi pekerja lelaki pula lebih banyak berada dalam kategori pekerjaan mahir dan profesional serta memegang jawatan kanan. Artikel ini bertujuan membincangkan langkah dan peraturan di tempat kerja yang `mesra wanita’ sebagai salah satu cara bagi mengurangkan berlakunya pembahagian pekerjaan mengikut gender. Unit sampel sebanyak 12 buah keluarga dipilih daripada keluarga yang mempunyai tiga generasi perempuan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa responden yang bekerja menghadapi masalah dari segi penjagaan anak-anak di rumah. Oleh itu mewujudkan peraturan di tempat kerja yang “mesra wanita” adalah satu keperluan.