Pilihan Raya Umum (PRU) 2013: satu tinjauan kritis terhadap pola pengundian etnik Melayu
Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyaksikan pola pengundian yang berbeza mengikut etnik. Berdasarkan analisis statistik model regresi yang dikira daripada keputusan PRU 2013 tersebut, bagi undi etnik Melayu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.3 peratus berbanding hanya 36.7 peratus untuk parti-part...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9058/1/9572-25885-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/9058/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyaksikan pola pengundian yang berbeza mengikut etnik.
Berdasarkan analisis statistik model regresi yang dikira daripada keputusan PRU 2013 tersebut,
bagi undi etnik Melayu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.3 peratus berbanding hanya 36.7
peratus untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Meskipun jumlah perolehan kerusi
Parlimen bagi BN berkurang 7 kerusi (140 pada PRU 2008) kepada 133 kerusi iaitu gagal
mendapat majoriti 2/3 dan mendapat undi popular hanya 46.5 peratus, namun undi popular etnik
Melayu secara keseluruhannya masih memihak kepada BN melebihi 50 peratus sokongan iaitu
63 peratus. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola
pengundian dan faktor sokongan pengundi berdasarkan lokasi dan kelas dalam PRU 2013.
Berdasarkan data keputusan PRU 2013 bagi Parlimen, Dewan Undangan Negeri/DUN dan
Daerah Mengundi serta Saluran Mengundi; dan juga pemerhatian di lapangan, secara
keseluruhannya didapati BN terus menguasai kawasan Melayu luar bandar dan pengundi Melayu
kelas pekerja namun pola tersebut berbeza mengikut lokasi negeri. Parti-parti dalam Pakatan
Rakyat berpengaruh di kawasan Melayu bandar dan pengundi Melayu kelas atasan dan
pertengahan/berpendidikan tinggi. Kedua-dua keadaan sedemikian (penguasaan BN dan PR di
kawasan dan kelas yang berbeza) disebabkan oleh sumber maklumat politik, keadaan ekonomi
individu dan keluarga, politik pembangunan, faktor isu, kepemimpinan, ideologi politik, faktor
sejarah dan juga faktor sosiologi seperti kekeluargaan, umur, jantina, tahap pendidikan,
pendapatan, etnik, agama dan kelas. Dengan itu, dapatan kajian pola pengundian etnik Melayu
dapat dijadikan panduan kepada parti-parti politik untuk merancang strategi bagi menawan undi
etnik Melayu yang dominan di negara ini bagi menghadapi PRU-14 akan datang. Dengan itu,
pola pengundian etnik Melayu dapat dikaitkan dengan tiga pendekatan yang digunakan dalam
mengkaji tingkah laku mengundi iaitu pendekatan sosiologikal, pendekatan identifikasi parti dan
pendekatan pilihan rasional. |
---|