Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah
Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam seki...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9561/1/11.geografia-si-nov15-mohdjirey-edam1.pdf http://journalarticle.ukm.my/9561/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=12&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti
luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah
negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini
mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing,
antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan
komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah
pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan
tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan
iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis
keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan
berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai
tarikan pelancongan di Pulau Mantanani. |
---|