Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing (canis familiaris)

Peribahasa berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya. Makalah ini membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dalam dari sudut linguistik kognitif.Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dan metoni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Imran Ho-Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, FSSK, UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/994/1/pp125_141.pdf
http://journalarticle.ukm.my/994/
http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Peribahasa berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya. Makalah ini membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dalam dari sudut linguistik kognitif.Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dan metonimi spesifik melambangkan yang generik dalam semantik peribahasa Melayu berkaitan dengan anjing diteliti. Metafora RUM berasaskan satu pandangan budaya rakyat (folk culture) tentang hieraki makhluk dalam dunia hakiki. Menurut hieraki ini, setiap haiwan secara protaip mempunyai tingkah laku naluri masing-masing. Namun, budaya dan pengalaman masyarakat yang berbeza dalam berinteraksi dengan haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya akan membentuk model kognitif yang berbeza yang tercermin dalam peribahasa haiwan dalam bahasa tersebut. Mekanisme metonimi pula berperanan memindahkan sesuatu tingkah laku spesifik haiwan kepada sesuatu trait manusia secara umum. Hal ini memungkinkan skema metaforikal tentang pelbagai haiwan diwujudkan.Kerangka Ibañez-Moreno (2005) digunakan untuk menganalisis peribahasa Melayu bersumberkan anjing dengan melakukan pemetaan mandala sumber dan sasaran berdasarkan metafora dan metonimi itu. Analisis mendapati dalam peribahasa Melayu,anjing lazimnya dipetakan kepada orang yang lemah, hina, jahat, serta tidak berilmu. Ini amat berbeza dengan pemetaan yang berlaku dalam bahasa Inggeris di mana anjing sering dipetakan kepada manusia yang taat setia. Sekali gus, hal ini menampakkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal dalam semantik peribahasa haiwan.