Penelitian terhadap pengenalan penggunaan mesin tangan program sijil teknologi pembinaan di Kolej Komuniti Bentong
Penggunaan mesin tangan dalam kalangan pelajar kolej komuniti adalah kerap disebabkan keperluan kurikulum pelajar. Setiap pelajar perlu mengetahui fungsi dan tugas setiap mesin bagi melaksanakan amali. Tetapi pelajar menghadapi kesukaran untuk menggunakan mesin tangan kerana kebanyakkan dari pela...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1534/1/FH03-FKI-18-17554.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1534/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Penggunaan mesin tangan dalam kalangan pelajar kolej komuniti adalah kerap disebabkan
keperluan kurikulum pelajar. Setiap pelajar perlu mengetahui fungsi dan tugas setiap mesin bagi
melaksanakan amali. Tetapi pelajar menghadapi kesukaran untuk menggunakan mesin tangan kerana
kebanyakkan dari pelajar berasal dari aliran sains tulen, perakaunan dan kesenian semasa sekolah. Pelajar
berasa takut dan bimbang untuk menggunakan mesin tangan. Perasaan takut ini wujud daripada gambargambar di media sosial mahupun berita yang menggambarkan kecedaraan yang dialami oleh pekerja
industri. Justeru itu suatu demonstrasi telah dilakukan di Kolej Komuniti Bentong ke atas pelajar-pelajar
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan bagi mendedahkan kepada pelajar pengenalan penggunaan mesin
tangan dengan betul dan selamat. Pelajar didedahkan secara menyeluruh penggunaan mesin tangan yang
lazim digunapakai semasa pembelajaran beserta tatacara menggunakan alatan dengan selamat. Sebanyak
tujuh buah mesin berlainan jenis digunakan untuk demonstrasi dan mesin-mesin ini diperolehi dari
Bengkel Kerja Kayu. Kaedah syarahan, demonstarsi dan praktikal digunakan dalam sesi penyampaian ini.
Menerusi pemerhatian di dalam bengkel, pelajar kerap memakai peralatan perlindungan diri semasa
bekerja. Manakala membersihkan mesin menggunakan alat penyembur udara adalah paling lemah
dilakukan. |
---|