Kebitaraan ulama-umara' Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan islamiah melayuwiyyah Terengganu, 1908-1918
Kebitaraan Ulama-Umara' Terengganu terserlah sewaktu peringkat awal campurtangan British di Terengganu. Sekalipun secara de facto British menguasai Terengganu setelah Perjanjian Bangkok 1909, namun secara de jure ia hanya berlaku pada tahun 1919. Ini kerana sebelum ini, British hanya mampu meng...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1934/1/FH03-PPT-20-38679.png http://eprints.unisza.edu.my/1934/2/FH03-PPT-20-39069.jpeg http://eprints.unisza.edu.my/1934/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English English |
Summary: | Kebitaraan Ulama-Umara' Terengganu terserlah sewaktu peringkat awal campurtangan British di Terengganu. Sekalipun secara de facto British menguasai Terengganu setelah Perjanjian Bangkok 1909, namun secara de jure ia hanya berlaku pada tahun 1919. Ini kerana sebelum ini, British hanya mampu menghantar seorang agen (British Agent) dan bukannya Penasihat British sebagaimana Kedah, Perlis dan Kelantan. Agen British pula tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran dalam negeri kecuali hanyalah memberi nasihat dalam soal dasar luar, melindungi kepentingan perdagangan serta membantu melindungi warga British di Terengganu. Pada 2 November 1911, kebitaraan ulama-muara' sekali lagi terselah apabila Sultan Zainal Abidin III bersama beberapa yang lain menggubal undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dikenali sebagai Itqanul Muluk bil ta'dil Suluk bertujuan menyelamatkan Terengganu daripada dipengaruhi kuasa luar serta menjamin kedaulatan negeri. Dalam pada itu, metodologi kertas kerja ini menggalurkan naratif historiografi berdasarkan dokumen Arkib Negara Malaysia serta koleksi di Pusat Rujukan Muzium Negeri Terengganu. Semoga kertas kerja ini memberi gambaran terhadap pensejarahan Malaysia terutama dalam menzahirkan kebitaraan ulama-umara' Terengganu dalam mempertahankan kedaulatan Islamiyyah-Melayuwiyah dalam konteks Peradaban Wilayah Timur Laut Alam Melayu. |
---|