MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA BERSEPADU DI PERINGKAT SEKOLAH

Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau keperluan untuk memupuk kemahiran berfikir secara bersepadu dalam kalangan murid di peringkat mikro. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) menggesa supaya setiap murid perlu menguasai pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahimah, Embong
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/241/1/FH03-INSPIRE-16-04955.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/241/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau keperluan untuk memupuk kemahiran berfikir secara bersepadu dalam kalangan murid di peringkat mikro. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual. Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) menggesa supaya setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting, iaitu Pemikiran Kreatif dan Inovatif; Pemikiran Kritis dan Penaakulan; dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan pelbagai kemahiran berfikir untuk mempertingkatkan kualiti diri mereka dalam mendepani arus cabaran di era globalisasi. Sebagai contoh, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemampuan untuk melakukan inovasi didapati amat perlu dalam dunia teknologi yang berkembang pesat ini. Persoalannya, bagaimanakah guru boleh memainkan peranan mereka di peringkat sekolah ? Perlukah mereka mengaplikasikan pelbagai kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ? Sekiranya perlu, bagaimanakah caranya ? Rosnani (2013) berpendapat hanya guru yang kritis sahaja yang boleh melahirkan murid yang kritis di sekolah kerana komponen kemahiran berfikir telah wujud dan bergantung kepada tafsiran guru serta bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan kemahiran tersebut (Pushpalatha, 2006). Hasil kajian diharap dapat menyumbang dalam pembinaan formula Pemikiran Pintar (Smart Thinking) bagi menjana aspek teras dalam berfikir dan seterusnya membantu ke arah membangunkan Budaya Pintar (Smart Culture) melalui pembangunan Tabiat Pintar (Smart Habits) bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.