PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu bentuk pentaksiran yang holistik untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini amat signifikan kerana pentaksiran merupakan jantung kepada pengalaman pelajar dan mencerminkan kurikulum yang sebenar. Pada hakikatnya, masa dan tumpuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahimah, Embong
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/243/1/FH03-INSPIRE-16-04954.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/243/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu bentuk pentaksiran yang holistik untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini amat signifikan kerana pentaksiran merupakan jantung kepada pengalaman pelajar dan mencerminkan kurikulum yang sebenar. Pada hakikatnya, masa dan tumpuan pelajar lebih diarahkan kepada pentaksiran berbanding aktiviti kurikulum yang lain, oleh itu, secara sedar atau tidak, hal ini banyak mempengaruhi tingkah laku dan gaya pembelajaran mereka. Kajian telah mendapati bahawa wujud masalah dalam amalan pentaksiran di sekolah yang lebih cenderung kepada orientasi peperiksaan dan kesannya telah membentuk minda pelajar yang jumud. Permasalahan ini amat perlu dikaji untuk mencari jalan penyelesaian yang praktikal memandangkan pelajar merupakan modal insan yang akan membentuk generasi baharu. Persoalan yang harus diambil serius ialah; apakah bentuk pentaksiran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia? Bentuk pentaksiran tersebut haruslah dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan holistik dan berkualiti supaya berjaya menghadapi cabaran era globalisasi. Meskipun pada peringkat sekolah di Malaysia, perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah menekankan kepada pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning). Masalah akan timbul kerana kedua-dua pendekatan tersebut hanya berpusatkan guru sebagai pentaksir. Pengkaji mencadangkan supaya pendekatan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) juga diambil kira kerana pendekatan ini memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai pentaksir. Justeru, kajian ini membina satu bentuk pentaksiran yang lebih holistik dan menekankan kepada ketiga-tiga pendekatan pentaksiran dalam pembelajaran iaitu untuk, sebagai dan kepada (for, as, of). yang bertujuan untuk membantu untuk mempertingkatan kualiti pelajar dari pelbagai aspek termasuk pembelajaran dan potensi diri mereka Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah deskiptif dan analitikal. Kajian ini akan memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara dalam usaha untuk menjana modal insan berkualiti.