Transformasi Tahap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru Unisza

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA. Responden kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam yang sedang meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hakim, Abdullah, Wan Ismail, Wan Abdullah, Nur Iyliani, Kamaruzaman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/486/1/FH03-FKI-16-06398.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/486/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Islam Program Pensiswazahan Guru UniSZA. Responden kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di UniSZ dan sampel kajian yang terlibat dengan kajian ialah seramai 230 orang responden. Pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah dibina untuk menguji tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran responden yang terlibat. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science v.22 for Windows (SPSS) untuk mendapatkan skor min dan peratusan kekerapan. Kebolehpercayaan item soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi item tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah .87. Hasil analisis secara statistik deskriptif telah menunjukkan tahap kepenggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang TINGGI dalam kalangan responden yang terbabit dengan kajian ini.