Kemenjadian murid menerusi sukan golball: naratif pengorbanan diri atlet murid bermasalah penglihatan di Kuala Lumpur
Penyertaan atlet-murid kelainan upaya, terutama bagi kategori bermasalah penglihatan dilihat penting dalam agenda pembangunan negara. Kejayaan mereka dalam aktiviti sukan terutama di persada antarbangsa kerap kali kedengaran dan menjadi contoh kepada tatapan umum. Penyertaan mereka memberi impak y...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
Zes Rokman Resources
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/102371/1/102371_Kemenjadian%20murid%20menerusi%20sukan%20golball.pdf http://irep.iium.edu.my/102371/ https://mprh.lppkn.gov.my/publication/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | Malay |
Summary: | Penyertaan atlet-murid kelainan upaya, terutama bagi kategori bermasalah penglihatan dilihat penting dalam agenda
pembangunan negara. Kejayaan mereka dalam aktiviti sukan terutama di persada antarbangsa kerap kali kedengaran
dan menjadi contoh kepada tatapan umum. Penyertaan mereka memberi impak yang besar sekaligus membuktikan
bahawa kehadiran (dan kemenjadian) mereka amatlah bermakna dalam mewarnai segmen sukan negara. Kajian ini
bertujuan untuk mencetuskan kesedaran mengenai kewujudan sukan golball yang dimainkan oleh individu kelainan
upaya (masalah penglihatan), dengan menfokuskan kepada program pembangunan akar umbi yang dilaksanakan di
sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur. Kajian ini juga dijalankan untuk memahami konsep pengorbanan diri
yang dilakukan oleh atlet-atlet murid ini dalam menempuh ranjau berliku sebagai murid di sekolah dan sebagai
atlet-murid bagi sukan golball. Melalui penyelidikan yang dilaksanakan di lapangan selama 14 bulan, kami telah
menemubual 20 atlet- murid lelaki dan perempuan yang bermain sukan golball, berumur 13-19 tahun serta tinggal
di asrama bagi mendapatkan maklumat yang bermakna bagi penulisan ini. Hasil kajian ini telah diproses dengan
menggunakan pendekatan analisis dialogikal naratif dan kami telah membina tipologi konsep pengorbanan diri
atlet-murid bermasalah penglihatan ini kepada tiga tema penting iaitu: I - keluar dari zon selesa; II - peralihan
keutamaan; dan III - sokongan kepada aspirasi komuniti. Jelas sekali pengorbanan diri yang dilakukan oleh atletmurid ini disokong dengan bantuan keluarga, sekolah, jurulatih dan persatuan sukan. Hasilnya, kajian ini adalah
signifikan kerana meneroka potensi golongan ini yang telah mengorak langkah selaras agenda pemerkasaan
penduduk dan keluarga Malaysia, dan direalisasikan tanpa melihat batas penglihatan sebagai satu halangan untuk
bersama-sama meneraju negara. |
---|