Perkasa akta jenayah syariah sekat penyebaran ajaran sesat di media sosial

Pada 16 November lalu, Jawatankuasa Fatwa Terengganu memutuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan bercanggah dengan akidah Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos lalu juga memutuskan ajaran itu berlaku percanggahan dengan tonggak aki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Razak, Mohamed Rashid
Format: Article
Language:Malay
Published: New Straits Times Press (M) Bhd. 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/108016/1/Perkasa%20akta%20jenayah%20syariah%20sekat%20penyebaran%20ajaran%20sesat%20di%20media%20sosial_Berita%20Harian_25112023_p10.pdf
http://irep.iium.edu.my/108016/
https://api.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/11/1181392/perkasa-akta-jenayah-syariah-sekat-penyebaran-ajaran-sesat-di
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Pada 16 November lalu, Jawatankuasa Fatwa Terengganu memutuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan bercanggah dengan akidah Islam. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos lalu juga memutuskan ajaran itu berlaku percanggahan dengan tonggak akidah Islam, 'al- Asya'irah' dan 'al-Matrudiyyah'. Hakikatnya, ini bukan kali pertama fatwa seumpama ini dikeluarkan terhadap individu yang didakwa membawa ajaran menyeleweng daripada agama Islam oleh institusi fatwa negeri di Malaysia. Namun, apa yang membimbangkan, walaupun sudah difatwakan sebagai sesat, individu dikenali dengan 'Mohid Khouli' di Facebook masih aktif menyampaikan ceramah dan giat mempromosi ajaran songsangnya. Sebelum memahami isu ini, semua pihak perlu memahami sesuatu fatwa diwartakan di peringkat negeri mempunyai kuasa undang-undang dan mengikat. Fungsi dan kehormatan fatwa dijamin akta, enakmen dan ordinan negeri. Misalnya, merujuk kepada Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah, Wilayah Persekutuan (AKJSWP) 1997, mana-mana orang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikai perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis Agama Islam WP atau mufti dianggap melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Selain itu, Seksyen 12 akta sama juga memperuntukkan mana-mana orang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat mengenai ajaran Islam, hukum syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan fatwa sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan, adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah.