Daya tahan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Istilah daya tahan atau kebingkasan merujuk kepada kemampuan sesuatu untuk terus berfungsi atau pulih ke keadaan asal apabila berada di dalam situasi yang mencabar atau menggugat fungsi terbabit (Pecillo, 2016). Oleh yang demikian, daya tahan merupakan ciri penting untuk kelangsungan dan kejayaan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Taib, Ibrahim Adham
Format: Book Chapter
Language:Malay
Published: Penerbit UPM 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/112783/1/112783_Daya%20tahan%20sistem%20pengurusan%20keselamatan.pdf
http://irep.iium.edu.my/112783/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Istilah daya tahan atau kebingkasan merujuk kepada kemampuan sesuatu untuk terus berfungsi atau pulih ke keadaan asal apabila berada di dalam situasi yang mencabar atau menggugat fungsi terbabit (Pecillo, 2016). Oleh yang demikian, daya tahan merupakan ciri penting untuk kelangsungan dan kejayaan sesuatu individu, organisasi, atau sistem kerana keadaan atau kejadian yang boleh menjejaskan fungsi berkaitan, contohnya suatu krisis, boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa tanpa diduga. Misalnya, seseorang pengurus yang berdaya tahan yang tinggi akan mampu membuat keputusan dengan tenang dan secara rasional apabila situasi berubah menjadi celaru di tempat pekerjaan (Xing & Sun, 2012). Daya tahan yang baik juga dipamerkan sebuah hospital kerana berupaya memberikan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dalam kalangan penduduk sekitar walaupun warga hospital tersebut turut terjejas akibat gempa bumi tersebut (Lloyd-Smith, 2020).