Semantik dan leksikologi Bahasa Melayu

Buku Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu atau Semantics and Lexicology of the Malay Language ini memfokuskan aspek leksikologi dan semantik di Malaysia. Selain, itu, turut dibincangkan tentang penelitian dan perbandingan pelbagai jenis kamus, pendekatan yang digunakan serta aplikasi metabahasa....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazir, Faridah, Idrus, Azean Idruwani, Senawi, Balqis
Format: Book
Language:Malay
Published: MK e-Solutions Sdn. Bhd 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/115714/7/115714_%20Semantik%20dan%20leksikologi%20Bahasa%20Melayu.pdf
http://irep.iium.edu.my/115714/
https://mke-solutions.com/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Buku Semantik dan Leksikologi Bahasa Melayu atau Semantics and Lexicology of the Malay Language ini memfokuskan aspek leksikologi dan semantik di Malaysia. Selain, itu, turut dibincangkan tentang penelitian dan perbandingan pelbagai jenis kamus, pendekatan yang digunakan serta aplikasi metabahasa. Aspek semantik yang diberi penekanan adalah tahap leksikal. Namun begitu, jenis-jenis makna leksikal juga turut dibincangkan, iaitu sinonim, antonim, hiponim, homonim, homograf, homofon, polisem, sebagaimana yang terkandung dalam kamus bahasa Melayu sedia ada, seperti Kamus Dewan, Kamus Pelajar Bahasa Melayu dan sebagainya. Kelebihan buku ini dipaparkan melalui perbincangan terperinci dalam sebelas bab yang disusun rapi. Sehubungan itu, Bab 1 memberi tumpuan kepada topik Pengenalan Kepada Semantik, Bab 2 dengan topik, Semantik Ayat, Bab 3 ialah Konteks Dalam Semantik, Bab 4 ialah Bidang Semantik, Bab 5 ialah Pengenalan Kepada Leksikologi, Bab 6 ialah Kaedah Pembentukan Kata, Bab 7 ialah Konsep Asas Leksikografi, Bab 8 ialah Sejarah Leksikografi, Bab 9 ialah Penyusunan Kamus, Bab 10 ialah Fonetik dan Fonologi Dalam Perkamusan, dan Bab 11 ialah Pelabelan Sosial dan Kamus.