Larangan mengerjakan haji atau umrah tanpa melalui agensi pengelola: Penilaian mengikut maslahah = Restriction on performing hajj and umrah without operating agencies: An evaluation based on maslahah

Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuan, dan dari sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya. Memandangkan pelaksan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Jubri@Shamsuddin, Mustafa
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/58342/1/Kertas%20Kerja%20-%20Mustafa%20Shamsuddin%20ICHUZ-BMPH17.pdf
http://irep.iium.edu.my/58342/2/acceptance_letter_BMPH17%20%28Dr%20Mustafa%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/58342/
http://sabah.uitm.edu.my/ichuz2017/index.php/9-news/23-aturcara-program
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
English
Description
Summary:Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuan, dan dari sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya. Memandangkan pelaksanaan kedua-dua ibadah ini melibatkan aspek-aspek yang pelbagai seperti keselamatan dan kesihatan, maka pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskannya telah meletakkan beberapa syarat tambahan, di samping syarat-syarat yang telah diletakkan oleh Syarak. Antara syarat-syarat tambahan ini ialah, larangan mengerjakan haji atau umrah tanpa melalui agensi pengelola yang sah. Kajian ini bertujuan menilai syarat larangan ini dari sudut syarak, dengan menekankan aspek kemaslahatan dan kemudaratan. Kajian ini mengandungi tiga perbahasan utama, dengan perbahasan pertamanya menjurus kepada pengenalan tajuk kajian dan pengertian beberapa istilah yang digunakan. Perbahasan kedua pula menyoroti latar belakang hukum larangan ini, manakala perbahasan ketiga membincangkan penilaian hukum larangan tersebut menurut konsep Maslahah. Kajian ini akan menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan kaedah-kaedah syarak secara umumnya dan konsep Maslahah secara khususnya sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana larangan mengerjakan Haji dan Umrah tanpa melalui agensi pengelola menepati Syarak.