Makna ujaran implisit dalam vlog Mat Luthfi: analisis teori relevans

Kajian ini memfokuskan penelitian terhadap makna ujaran implisit yang terdapat dalam Vlog Mat Luthfi. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen berpandukan teori relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson dalam bidang linguistik disiplin pragmatik. Teori ini menekankan tiga gagasan uta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nopiah, Julaina, Nasrong, Nur Maizatul Maisarah
Format: Article
Language:Malay
Published: Dewan Bahasa & Pustaka 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/86064/2/Makna%20Ujaran%20Implisit%20dalam%20Vlog%20Mat%20Luthfi_%20Analisis%20Teori%20Relevans.pdf
http://irep.iium.edu.my/86064/
http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/issue/view/633
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan penelitian terhadap makna ujaran implisit yang terdapat dalam Vlog Mat Luthfi. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen berpandukan teori relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson dalam bidang linguistik disiplin pragmatik. Teori ini menekankan tiga gagasan utama, iaitu konteks, kesan kognitif dan usaha memproses. Teori ini menegaskan bahawa tiga konsep ini penting dalam penginterpretasian makna. Data kajian merupakan dialog yang berbaur unsur implisit yang diujarkan oleh watak dalam beberapa video Mat Luthfi. Data yang telah dikenal pasti melalui proses transkripsi dan seterusnya dianalisis berdasarkan TR. Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk menerokai dengan lebih lanjut tentang ujaran implisit dan TR. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat sepuluh ujaran dalam vlog mengandungi unsur implisit. Ujaran yang mengandungi unsur implisit menunjukkan bahawa penutur mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menjelaskan bahawa ujaran yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu boleh membawa pelbagai maksud dan bukan sekadar makna literal untuk difahami dan ditafsirkan dengan betul akan ujaran tersebut. Maka, pentafsiran makna sesebuah ujaran itu menjadi lebih mudah diinterpretasi dengan kehadiran TR.