Pandemik COVID-19 di Malaysia: mengurus infodemik melalui majlis akhbar

Fenomena penyebaran berita palsu dalam talian dilihat semakin berleluasa ketika dunia sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Lambakan maklumat yang turut dikenali sebagai infodemik telah memberikan kesan negatif terhadap usaha untuk mengawal penularan virus COVID-19. Fenomena infodemik ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Haron, Hafidz Hakimi, Daud, Mahyuddin
Format: Article
Language:English
Published: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/90655/2/90655_Pandemik%20COVID-19%20di%20Malaysia%20mengurus%20infodemik%20melalui%20majlis%20akhbar.pdf
http://irep.iium.edu.my/90655/
http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/8087/3689
https://doi.org/10.37052/kanun.v33i2.8087
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Language: English
Description
Summary:Fenomena penyebaran berita palsu dalam talian dilihat semakin berleluasa ketika dunia sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Lambakan maklumat yang turut dikenali sebagai infodemik telah memberikan kesan negatif terhadap usaha untuk mengawal penularan virus COVID-19. Fenomena infodemik ini juga telah menimbulkan kegelisahan dan ketidakpercayaan terhadap usaha kerajaan bagi melawan pandemik ini dalam kalangan rakyat. Bagi mengawal infodemik, pihak berkuasa telah menguatkuasakan tindakan perundangan secara tegas, namun dilihat oleh sebahagian pengkritik sebagai tidak efektif, drakonian dan tidak demokratik. Berdasarkan latar belakang ini, kajian ini menilai semula isu-isu perundangan yang timbul dalam kerangka undang-undang antiberita palsu sedia ada di Malaysia yang menyebabkan fenomena infodemik sukar dikawal selia. Kajian ini juga mengusulkan cadangan untuk mengawal selia penyebaran berita palsu dan mengurus infodemik melalui penubuhan Majlis Akhbar. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan metode kualitatif bagi mengumpulkan maklumat melalui kaedah analisis tekstual perundangan serta kaedah temu bual semi struktur.