Memperkenalkan ‘Intelligent Design’ sebagai model releventisasi ilmu wahyu
Pendekatan teologi (Ilmu Kalam) tradisionalis semata-mata dilihat sudah tidak berupaya untuk menjawab keraguan-keraguan Gerakan Ateisme Baharu yang bersandar kepada Sains Barat Moden dalam menyatakan keraguan-keraguan mereka. Justeru pengkaji melihat proses Tajdid dan Islah terhadap kurikulum Pendid...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/98429/1/ICIOK2022%20final%20book.docx.pdf http://irep.iium.edu.my/98429/7/98429%20Memperkenalkan%20Intelligent%20Design_Wahyu.pdf http://irep.iium.edu.my/98429/ https://conference.iium.edu.my/ICIOK2022/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Language: | English English |
Summary: | Pendekatan teologi (Ilmu Kalam) tradisionalis semata-mata dilihat sudah tidak berupaya untuk menjawab keraguan-keraguan Gerakan Ateisme Baharu yang bersandar kepada Sains Barat Moden dalam menyatakan keraguan-keraguan mereka. Justeru pengkaji melihat proses Tajdid dan Islah terhadap kurikulum Pendidikan Islam yang sedia ada perlu diusahakan. Kurikulum Pendidikan Islam yang baharu diperlukan bagi melahirkan ilmuwan yang kompeten dalam berhadapan dengan cabaran ini. Proses Relevantisasi Ilmu Wahyu yang merealisasikan integrasi ilmu aqli dan naqli dilihat wajar dijadikan asas utama bagi menjawab sebarang keraguan, khususnya isu-isu yang berkaitan dengan percanggahan antara sains dan agama, akal dan wahyu. Maka artikel ini bertujuan memperkenalkan konsep ‘Intelligent Design’ yang menegaskan kewujudan ‘sebab intelek dan bijaksana sebagai tafsiran bagi fenomena natural’. Ianya digunakan untuk menolak falsafah materialisme dan metodologi natural yang menafikan kewujudan Tuhan dan hubungannya dengan alam. Ini merupakan model proses Relevantisasi Ilmu Islam untuk menyegarkan semula kurikulum pengajian ilmu wahyu dalam mendepani ancaman gerakan Ateisme Baharu yang berpaksikan Falsafah Materialisme atau Metodologi Natural. Kedua-dua pendekatan inilah yang mendominasi kerangka pemikiran sains barat moden hari ini sekaligus mempengaruhi, sama ada secara langsung atau tidak terhadap kurikulum Sains dan Pendidikan Islam. Konsep ini boleh dijadikan sebagai model yang terbaik untuk diperhalusi, disegarkan, dan diterapkan dalam kurikulum Pengajian Islam kerana ia dilihat menepati dasar epistemologi dan nilai-nilai Islam. Kajian ini dilaksanakan berasaskan metodologi kualitatif menerusi analisis dokumen, dan telah mendapati konsep ‘Intelligent Design’ sesuai dijadikan model kurikulum Pengajian Islam untuk memperkasakan gagasan Islamisasi Ilmu Kemanusiaan menerusi Relevantisasi Ilmu Wahyu. |
---|