Cabaran keberkesanan e-Learning : etika Tawhidik sebagai solusi / Mohd Nor Mamat
Pembelajaran elektronik, pembelajaran atas talian, pembelajaran berasaskan web atau apa sahaja istilah yang digunakan seumpamanya kini sudah menjadi sebutan ramai. Malaysia boleh dianggap maju dalam aspek aplikasi pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan pengasasan sekola...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
UPENA
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11539/2/11539.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11539/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Pembelajaran elektronik, pembelajaran atas talian, pembelajaran berasaskan web atau apa sahaja istilah yang digunakan seumpamanya kini sudah menjadi sebutan ramai. Malaysia boleh dianggap maju dalam aspek aplikasi pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan pengasasan sekolah bistari serta beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Multimedia, UNITAR dan sebagainya. Malah telah banyak pusat pengajian yang menawarkan pengajian jarak jauh secara elektronik termasuk Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara serta Iainlain
universiti. Kertas ini merumuskan konsep dan pendefinisian
terhadap realiti aplikasi pembelajaran elektronik di Malaysia. Pelbagai definisi dan arah berdasarkan aspirasi yang tersendiri. Kertas ini cuba mengusulkan definisi pembelajaran elektronik yang selari dengan matlamat pengembangan ilmu dan pendidikan manusia, berbanding dengan teori transmisi ilmu semata-mata. Kertas ini juga mendedahkan pengalaman pembelajaran elektronik di Malaysia dengan memberi fokus kepada beberapa bentuk cabaran dalam konteks falsafah, metodologi, teknologi serta aspek
material dan spiritual dengan penekanan kepada cabaran etika
sebagai faktor teras dalam memastikan serta meningkatkan
keefektifan pembelajaran elektronik. Apatah lagi konsep
pembelajaran elektronik yang menjadi aplikasi di peringkat dewasa (adult learning) menuntut sebahagian besar komitmen yang berkait rapat dengan aspek etika. Kertas ini mencadangkan solusi konseptual yang berasaskan kepada penghayatan etika yang bersifat holistik (etika tawhidik) untuk diaplikasi dalam realiti pembelajaran elektronik. Proposal etika sebegini adalah jauh lebih sempurna dan efektif berbanding pelbagai bentuk etika cetusan barat seperti etika profesional, golden rules, etika konvensional,
etika intuisi dan sebagainya. |
---|