Kearah mencari satu identiti bandar tempatan yang sesuai dalam bentuk rupabina (built Form) / Aizuddin Hj. Alias

Kajian ini adalah berkaitan dengan 'IDENTITI' yang perlu diusaha dan disokong oleh sesebuah negara seperti negara ini. Telah diterima ramai bahawa kebanyakkan kritik terhadap perkembangan bandarbandar utama, terutatnanya pusat bandar di rantau ini, mengambarkan kekurangan penekanan dan pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alias, Aizuddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 1990
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1174/1/TD_AIZUDDIN%20HJ.%20ALIAS%20AP%2090_5%20P01.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1174/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian ini adalah berkaitan dengan 'IDENTITI' yang perlu diusaha dan disokong oleh sesebuah negara seperti negara ini. Telah diterima ramai bahawa kebanyakkan kritik terhadap perkembangan bandarbandar utama, terutatnanya pusat bandar di rantau ini, mengambarkan kekurangan penekanan dan peluang untuk menunjukkan 'identiti' asli (indigenous) dalam lingkungan konsep, struktur dan pengendalian sesuatu pembangunan itu. Terdapat dua sebab yang dikaitkan dengan fenomena ini. Pertama, bandarbandar tersebut perlu mengikuti perkembangan pembangunan moden yang berbentuk 'laissez-faire' dan lebih mementingkan matlamat ekonomi daripada kebudayaan. Kedua, bandar itu sendiri tidak mempunyai tradisi perbandaran yang mencerminkan ciri-ciri 'indigenous' yang diperkatakan tadi. Keperluan ke arah satu identiti nasional adalah satu aspek yang sangat penting. Namun begitu, usaha untuk memberikan sesuatu negara itu satu 'citarasa identiti' (sense of identity), dari aspek kajian ini yang dikaitkan dengan rupabina (builtform), dalam satu negara yang mempunyai perbezaan etnik yang sangat ketara adalah masalah yang rumit dihadapi oleh ahli-ahli Perancang Bandar, Arkitek dan Perekabentuk Bandar. Faktorfaktor seperti pelbagai kaum, budaya, agama dan kepercayaan, pelbagai gaya kesenibinaan, cara hidup dan sebagainya turut menyumbang terhadap kerumitan dalam menghasilkan satu identiti nasional tersebut. Penyelesaiannya bukan sahaja memerlukan kefahaman yang mendalam mengenal perbezaan masyarakat dengan kebudayaan, asal dan ciri-ciri yang berlainan tetapi yang lebih penting adalah untuk mencari cara-cara yang sesuai dalam memilih dan mengambil intipati (essence) masyarakat-masyarakat yang berbagai tersebut, kemudian mengabungkannya ke dalam satu kepentingan dan identiti umum.