Pelestarian manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan di Malaysia / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin, Paiz Hassan and Hamdi Rahman Mohd Yaacob

Manuskrip Melayu merupakan warisan ketamadunan Melayu yang amat bernilai terutamanya dalam aspek keilmuan dan keintelektualan. Penulisan manuskrip Melayu oleh para cendikiawan silam menggambarkan bahawa tamadun Melayu telah mencapai tahap kegemilangan yang positif dalam lapangan keilmuan dengan lahi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim, Hassan, Paiz, Mohd Yaacob, Hamdi Rahman
Format: Research Reports
Language:English
Published: Research Management Institute (RMI) 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23670/1/LP_MOHD%20ZAHIRWAN%20HALIM%20ZAINAL%20ABIDIN%20RMI%2013_5.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23670/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Manuskrip Melayu merupakan warisan ketamadunan Melayu yang amat bernilai terutamanya dalam aspek keilmuan dan keintelektualan. Penulisan manuskrip Melayu oleh para cendikiawan silam menggambarkan bahawa tamadun Melayu telah mencapai tahap kegemilangan yang positif dalam lapangan keilmuan dengan lahirnya pelbagai karya yang menjadi kajian dan rujukan para ilmuan termasuklah orientalis Barat. Oleh itu, langkah dalam melestarikan manuskrip Melayu sebagai sumber ilmu pengetahuan amat wajar dilakukan dalam memastikan warisan ini tidak musnah dan masih lagi menyumbang kepada lapangan akademik masa kini. Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah penulisan manuskrip Melayu, kepentingan manuskrip melayu dalam lapangan ilmu di Malaysia serta langkah-langkah yang telah dibuat oleh beberapa institusi bagi melestarikan manuskrip Melayu sebagai warisan keilmuan yang tinggi nilainya. Kajian ini menggunakan dua metodologi iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Daripada kajian ini penulis dapat melihat manuskrip Melayu telah menjadi satu elemen penting dalam perkembangan keilmuan di Malaysia dengan lahirnya ramai penulispenulis atau para ulama yang menghasilkan karya yang bernilai sehingga menjadi rujukan dan kajian dalam lapangan akademik. Di samping itu, peranan beberapa institusi di Malaysia dalam melestarikan manuskrip Melayu telah berjaya mengekalkan warisan ketamadunan Melayu ini terpelihara dan dijaga dengan baik. Oleh itu sewajarnya pelestarian manuskrip Melayu diberi perhatian yang serius oleh pihak-pihak berwajib bagi mengekalkan warisan keilmuan Melayu ini daripada rosak dan musnah ditelan zaman.