Cadangan merekabentuk imej baru Bank Simpanan Nasional Lot 125, Tingkat Bawah, Persiaran Greentown 1, Pusat Dagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Mohd Hanif Hussin
Projek saya adalah pengubahsuaian Bank Simpanan Nasional di Lot 125, Tingkat Bawah, Persiaran Greentown 1, Pusat Dagangan Greentown, 30450 ipoh, Perak Darul Ridzuan. Matlamat projek ini ialah untuk mengubah dan mencari satu sistem dan imej baru untuk Bank Simpanan Nasional. Masih terdapat beberapa k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Student Project |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Architecture, Planning and Surveying
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24685/1/PPd_MOHD%20HANIF%20HUSSIN%20AP%2007_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24685/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Projek saya adalah pengubahsuaian Bank Simpanan Nasional di Lot 125, Tingkat Bawah, Persiaran Greentown 1, Pusat Dagangan Greentown, 30450 ipoh, Perak Darul Ridzuan. Matlamat projek ini ialah untuk mengubah dan mencari satu sistem dan imej baru untuk Bank Simpanan Nasional. Masih terdapat beberapa kelemahan dalam sistem dan rekabentuk ruang BSN. Melalui sistem terbaru ini akan menjadikan rekabentuk ruang dan perkhidmatan BSN menjadi lebih baik. Ini akan meningkatkan lagi prestasi BSN dari segi kemudahan yang diberikan dan akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan BSN. Objektif projek yang dijalankan adalah untuk menjadikan Bank Simpanan Nasional lebih berdaya saing dan berfungsi sebagai sebuah bank yang lebih baik. Ini akan memberi impak baru kepada masyarakat yang selama ini menganggap BSN sebagai sebuah bank yang lambat dari segi perkhidmatan , “sistem planning” yang kurang baik, menggunakan sistem lama dan imej yang sudah ketinggalan zaman. Beberapa kajian telah dijalankan antaranya ialah mencari data dan maklumat tentang BSN dan kemudahan-kemudahan yang diberikan. Sumber dan bahan rujukan ialah dari internet, template BSN dan juga dari kajian kes yang dibuat. Analisis tapak juga turut dijalankan bagi mengenal pasti keadaan kawasan sekitar projek yang dipilih. Analisis tapak yang dijalankan ini akan membantu dalam rekabentuk BSN nanti. Tapak bangunan bertempat di Pusat Dagangan Greentown dan strategik kerana termasuk dalam kawasan perniagaan. Rekabentuk BSN yang dicadangkan adalah berkonsep “Form & Functionality” dan imej ialah “Machine for living”-lnternational style. Elemen-elemen seperti “glass", “stainless steel” dan vertical and horizontal form dimasukkan dalam rekabentuk. Dengan adanya laporan kajian akhir ini, penyampaian maksud dan kehendak projek akhir akan lebih teratur dan lebih difahami. |
---|