Persediaan diri sebelum melakukan resital violin kes studi: resital Mustafa Fuzer Nawi dan Mayya Musaeva / Mohd Amin Mohammad Hanafiah
Resital ini merupakan satu aspek yang sangat kritikal dan mana-mana sahaja pemuzik sama ada yang sudahpun bertaraf professional, semi-professional, amatur mahupun golongan pelajar muzik akan mengambil serius perkara ini. Bukan sahaja yang mendengar ataupun yang menonton serta menyaksikan resital ini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34597/1/34597.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34597/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Resital ini merupakan satu aspek yang sangat kritikal dan mana-mana sahaja pemuzik sama ada yang sudahpun bertaraf professional, semi-professional, amatur mahupun golongan pelajar muzik akan mengambil serius perkara ini. Bukan sahaja yang mendengar ataupun yang menonton serta menyaksikan resital ini malah bagi resitalis itu sendiri, resital ini merupakan platform bagi mereka untuk membuktikan kemampuan bermuzik sebenar diri mereka di samping pada masa yang sama memenuhi ekspektasi semua yang hadir menyaksikannya. Jadi, untuk memastikan keberjayaan seseorang resitalis ini, bukan sahaja keadaan semasa ketika berada di atas pentas membuat persembahan sahaja yang seharusnya menjadi fokus utama malahan seharusnya kualiti persediaan seseorang resitalis itu yang sewajibnya berada pada tahap optimum. Selain itu, jika peiiu, usaha yang dijalankan bagi memastikan kesempumaan kesemua elemen yang berada di bawah lembayung muzikaliti itu sendiri adalah wajar digandakan secara ekstrim dan jauh secara begitu ekstensif. Jadi, apabila kita ingin mengutarakan soal persediaan sebelum melakukan sesebuah resital, seseorang resitalis itu sendiri haruslah terlebih dahulu tahu apa yang seharusnya dilakukan, dalam erti kata persediaan yang bagaimana yang harus dibuat. Seharusnya juga persediaan itu boleh memastikan seseorang resitalis itu mempunyai bekalan yang cukup untuk dibawa 'berjuang' di atas pentas ketika hari sebenar persembahan, Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengambil program yang berorientasikan muzik persembahan, resital ini akan membuat mereka membuktikan penat jerih, pengorbanan serta usaha keras mereka berbaloi ataupun tidak. Resital itu sendiri berbeza-beza mengikut pengelasan dan boleh diklasifikasikan kepada beberapa pecahan tertentu. Isi kandungan resital itu sendiri boleh sahaja diwarnakan dengan variasi persembahan yang pelbagai. Bila menyebut perkara resital violin pula, sudah pastinya gambaran di dalam minda akan terarah kepada instrumetalis violin yang memainkan karya-karya yang boleh menonjolkan kehebatan bermuzik mereka. Tapi, tidak semestinya secara solo semata-mata, terdapat juga violinis yang turut sama ingin memperlihatkan kemampuan bermain secara berkumpulan seperti di dalam quartet. |
---|