Penterjemahan budaya Melayu Sarawak melalui hidangan tradisi / Sabariah Abd Samad...[et al.]

Penduduk Sarawak terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik. Golongan Melayu Sarawak merupakan salah satu dari rumpun bangsa yang mendiami sebahagian besar negeri Sarawak. Berbeza dengan bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Melayu Sarawak kaya dengan budayanya yang tersendiri. Keunikan bangs...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Samad, Sabariah, Ibrahim, Imilia, Ismailly, Norlida
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35686/1/35686.pdf
http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35686/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Penduduk Sarawak terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik. Golongan Melayu Sarawak merupakan salah satu dari rumpun bangsa yang mendiami sebahagian besar negeri Sarawak. Berbeza dengan bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Melayu Sarawak kaya dengan budayanya yang tersendiri. Keunikan bangsa Melayu Sarawak dapat dilihat pada fesyen pakaian tradisinya, hasil seni serta adat istiadat yang tersendiri dan tidak ketinggalan menerusi makanan tradisinya. Hidangan Melayu Sarawak juga berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Hidangan masyarakat Melayu Sarawak banyak dicorakkan oleh persekitaran serta adaptasi dari etnik-etnik yang lain. Kertas kerja ini akan menelusuri pelbagai jenis hidangan Melayu Sarawak yang terdiri daripada makanan harian, makanan khusus untuk perayaan dan majlis tertentu serta manisan. Seterusnya perbincangan akan menekankan tentang sejarah sesebuah hidangan serta pengaruh etnik-etnik lain didalam penyediaan masakan Melayu Sarawak. Temubual keatas mereka yang mahir dalam menyediakan masakan Melayu Sarawak turut dijalankan bagi mendapat maklumat mengenai hidangan yang disediakan dan juga mengenal pasti bagaimana ilmu masakan dikongsi dengan generasi muda. Budaya Melayu Sarawak yang unik ini memerlukan generasi pelapis yang mampu mempertahankan dan seterusnya memartabatkan budaya seiring dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan negara