Penerimaan pelajar terhadap kursus penghayatan etika dan peradaban di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang / Emie Sylviana Mohd Zahid dan Nurfahiratul Azlina Ahmad
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu kursus wajib baharu yang diperkenalkan pada sesi pengambilan tahun 2019/2020 bagi semua universiti awam (UA). Ia adalah satu usaha mempersiapkan para pelajar untuk menghayati etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia serta membentuk pemik...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54312/1/54312.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54312/ https://www.ishec2021.com/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan salah satu kursus wajib baharu yang diperkenalkan pada sesi pengambilan tahun 2019/2020 bagi semua universiti awam (UA). Ia adalah satu usaha mempersiapkan para pelajar untuk menghayati etika dan peradaban mengikut acuan Malaysia serta membentuk pemikiran kritikal dan analitikal mereka ketika menghadapi kehidupan yang mencabar. Namun begitu, sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap kursus Penghayatan Etika dan Peradaban di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penawaran kursus ini dari aspek silibus, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian kursus. Metodologi kajian adalah kajian tinjaun deskriptif menggunakan soal selidik bagi menguji penerimaan pelajar terhadap kursus baharu ini. Responden telah dipilih secara rawak seramai 152 pelajar yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang. Data kajian yang diperolehi dianalisa oleh google form dengan menyatakan bilangan dan peratusan tentang maklumbalas responden. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga aspek menunjukkan penerimaan pelajar adalah tinggi. Ini memberikan impak positif kepada penawaran kursus baharu tersebut dan membuka ruang penambah baikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan seorang graduan berakhlak mulia membina peradaban dan mencapai status kemajuan Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. |
---|