Transkrip temubual bersama Puan Fatimah binti Salleh atlet sukan bola jaring Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai atlet negara/ Nur Syamimi Mohd Fauzi & Nurul Aimi Nadiah Azani

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang juga merupakan bekas atlet sukan bola jaring negara pada ketika dahulu, iaitu Puan Fatimah binti Salleh. Ramai dalam kalangan masyarakatpada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung tent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fauzi, Nur Syamimi, Azani, Nurul Aimi Nadiah
Format: Monograph
Language:English
Published: Fakulti Pengurusan Maklumat 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57074/1/57074.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57074/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang juga merupakan bekas atlet sukan bola jaring negara pada ketika dahulu, iaitu Puan Fatimah binti Salleh. Ramai dalam kalangan masyarakatpada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung tentang sejarah pasukan bola jaring negara pada awal tahun 80an yang telah banyak memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama negara sehingga ke persada dunia. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang salah satu tokoh sukan bola jaring negara ini, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap pengalaman dan perisitiwa sebenar yang tidak pernah diceritakan atau dihebahkan di dada-dada akhbar dan media massa. Bermula dari sejarah kewujudan dan perihal sukan bola jaring di Malaysia, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang kemahiran asas yang perlu ada dalam diri pemain, teknik-teknik yang dipraktikkan oleh setiap pemain, ciri-ciri fizikal yang perlu dititik beratkan, etika yang perlu ada dalam diri setiap pemain, peringkat kejohanan yang pernah disertai oleh tokoh dan yang paling utama adalah pencapaian yang diperolehi oleh tokoh sepanjang bergelar atlet sukan bola jaring negara tersebut. Kajian ini bukan sahaja daripada Puan Fatimah sendiri, malah ianya juga turut diperolehi daripada beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan bagi kajian yang dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan lebih menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh sukan negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara.