Pemuliharaan bandar, kes kajian: Alor Setar, Kedah / Azlan Mahmad

Malaysia kaya dengan warisan sejarah dan kebudayaan. Sebahagian dan kekayaan ini diabadikan di dalam benluk bangunan dan negara ini masih mempunyai bangunan-bangunan tersebut. Bangunan-bangunan warisan ini terdiri dari rumah rumah dan is tana Melayu Iradisional, rumah-rumah kedai Tradisional sehingg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmad, Azlan
Format: Student Project
Language:English
Published: 1994
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58117/1/58117.PDF
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58117/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Malaysia kaya dengan warisan sejarah dan kebudayaan. Sebahagian dan kekayaan ini diabadikan di dalam benluk bangunan dan negara ini masih mempunyai bangunan-bangunan tersebut. Bangunan-bangunan warisan ini terdiri dari rumah rumah dan is tana Melayu Iradisional, rumah-rumah kedai Tradisional sehinggalah bangunan-bangunan kolonial yang melambangkan pelbagai corak, kesenian dan kebudayaan yang wujud. Bangunan-bangunan ini telah wujud di bandar-bandar dan telah menjadi sebahagian dari idenliti sesuatu bandar. Setelah Merdeka, negara ini telah membangun dengan pesatnya dan turut mempengaruhi perkembangan bandar-bandarnya. Ini menimbulkan pertambahan permintaan terhadap ruang perniagaan di kawasan bandar. Akibat tekanan-tekanan pembangunan yangwujud khususnya di kawasan perbandaran lama yang menempatkan banyakbangunan-bangunan lama, maka beberapa bangunan warisan ini telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan moden. Bangunan-bangunan warisan telah menjadi mangsa pembangunan pesat negara. Namun kini telah wujud kesedaran,dari pihak individu, pertubuhan-pertubuhan sukarela hinggalah pihak pihakberkuasa tempatan dan negeri, mengenai perlunya warisan irii dipelihara dari pupus.Usaha-usaha telah dijalankan dan beberapa pihak berkuasa tempatan dan negeri telah mempunyai sebuah unit khas bagi pemuliharaan dan elemen bag imelindungi bangunan-bangunan warisan. Rancangan Struktur dan RancanganTempatan juga memberi perhatian terhadap konsep pemuliharaan. Maka kajian inibertujuan unruk mengenalpasti bangunan dan kawasan bersejarah yang perludikekalkan dan mencadangkan tindakan-tindakan pemuliharaan yang sesuai bagibandar Alor Setar. Ini dilakukan dengan mengkaji program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan lain dan menganalisis potensi yang terdapat; di Alor Setar. Cadangan berupa dasar-dasar dan garis panduan pembangunan diharapkan dapat membantu pihak berkuasa tempatan memulihara dan mengawal pembangunan di kawasan pemuliharaan. Pemuliharan harus dilihat sebagai usaha memelihara warisan dan bandar bukannya sebuah muzium terbuka. Aktiviti-aktiviti yang bersesuaian perlu diteruskan agar, bandar terus hidup.