Kepentingan lataif quraniyyah dalam pembangunan jati diri dan adab di era endemik COVID-19 / Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi and Nurul Adillah Mohammad Tormizi

Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia iaitu pembelajaran jarak jauh menggunakan teknologi digital tanpa kehadiran fizikal. Pastinya norma baharu ini memberi kesan pada aspek nilai-nilai kemanusiaan apabila segala urusan pembelajaran digantikan dengan pelbagai peranti....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi, Mohammad Tormizi, Nurul Adillah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Pahang 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67901/1/67901.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67901/
https://gadingss.learningdistance.org
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia iaitu pembelajaran jarak jauh menggunakan teknologi digital tanpa kehadiran fizikal. Pastinya norma baharu ini memberi kesan pada aspek nilai-nilai kemanusiaan apabila segala urusan pembelajaran digantikan dengan pelbagai peranti. Sebagai Muslim yang meyakini sumber agama, al-Quran kekal relevan menghidangkan penyelesaian manusia sejak berzaman. Kemunculan wacana Lataif Quraniyyah sebagai konsep baharu dalam tadabbur al-Quran yang menyentuh aspek nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian dilihat membantu manusia menghadapi cabaran ini. Artikel ini bertujuan mendedahkan konsep Lataif Quraniyyah yang mencungkil rahsia-rahsia disebalik ayat al-Quran sehingga mendorong manusia melihat dengan pandangan hati bahawa semua yang berlaku dibawah pentadbiran Allah Ar-Rahman. Impaknya, manusia akan memakai 'pakaian' redha dan baik sangka dengan Allah sehingga terpantul sifat ithar dan menyantuni dengan penuh adab sesama manusia meskipun hanya dihubungkan dengan teknologi digital.