Pengurusan zakat negeri Johor / Mohamad Andrei Tan Bibit
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang dibina sating berkait antara satu dengan lain bagi mewujudkan sebuah masyarakat maju yang komited dengan perancangan Syariah Illahi. Zakat dalam apa pengertian dan penaksiran sekalipun, merupakan ibadah khusus yang mempunyai kaitan yang rapat dengan edaran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70976/1/70976.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70976/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang dibina sating berkait antara satu dengan lain bagi mewujudkan sebuah masyarakat maju yang komited dengan perancangan Syariah Illahi. Zakat dalam apa pengertian dan penaksiran sekalipun, merupakan ibadah khusus yang mempunyai kaitan yang rapat dengan edaran ekonomi dan kehidupan ummah serta menjadi jentera penggerak pembangunan masyarakat Islam. Malah zakat adalah ketetapan Illahi untuk mempastikan urusan ekonomi dan pemilikan harta umat manusia tidak dibekukan dan dimonopoli oleh satu golongan tertentu sahaja. Segala pemberian yang telah dikurniakan oleh Allah itu hendaklah dinikmati bersama menurut perintah Syariah. Persoalan zakat bukanlah topik yang asing bagi masyarakat Islam di Malaysia. Malah ianya telah menjadi urusan utama bagi setiap individu kerana ia juga merupakan salah satu daripada rukun Islam. Kewajipan berzakat telah ditetapkan sejak zaman Rasulullah ketika baginda berada di Mekah. Waiau bagaimanapun perintah wajib tersebut hanyalah secara umum iaitu tidak diterangkan jenis-jenis hartabenda yang diwajibkan zakatnya dan jumlah yang wajib dikeluarkan. |
---|