Sekilas bicara tentang pantun / Rofiza Aboo Bakar
Melalui program ‘Bicara Pantun Merentas Zaman’ yang diadakan di UiTMCPP pada 20 Oktober 2022, penulis kini faham bahawa pantun berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia – tempat asalnya juga keluarga besar penulis yang dipercayai berhijrah ke Tanah Melayu lewat kurun ke 18. Pada tahun 2020, UNESCO...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Language Studies
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73116/1/73116.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73116/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Melalui program ‘Bicara Pantun Merentas Zaman’ yang diadakan di UiTMCPP pada 20 Oktober 2022, penulis kini faham bahawa pantun berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia – tempat asalnya juga keluarga besar penulis yang dipercayai berhijrah ke Tanah Melayu lewat kurun ke 18. Pada tahun 2020, UNESCO mengiktiraf bahawa pantun adalah milik bersama dan hak mutlak Malaysia dan Indonesia yang berpaksikan bahasa Melayu. Secara ringkas, pantun pada mulanya adalah literasi lisan yang kemudiannya ditulis dalam aksara lama dan perlahan-lahan ditulis dalam jawi dan roman sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman. Pantun dilestarikan melalui sistem pendidikan dan diajar sebagai komponen sastera di sekolah-sekolah di Malaysia. “Tiada kata secantik bahasa” - itu adalah sebaris lirik dalam sebuah lagu yang pernah didendangkan oleh Allahyarham P. Ramlee. Katakata atau bahasa yang cantik dan indah cuba diterapkan dalam jiwa pelajar-pelajar melalui pantun. Pantun adalah warisan budaya Melayu yang tinggi dan diharapkan tidak mati walaupun ada pengaruh luar seperti budaya popular yang giat mengasak budaya yang wujud sejak sekian lama ini. Pantun mengandungi bahasa aras tinggi dan mencerminkan keperibadian tinggi pemantun serta fikiran yang jernih selain nilai kemahiran estetika tertentu apabila mengucapkannya. Oleh itu, wajar sekali ianya dipelajari dan dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, terutama sekali kaum Melayu. |
---|