Penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan multidimensi di Selangor dan Kuala Lumpur / Nurfitriyah Salihah Shaharin

Kajian membincangkan mengenai penentuan kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Sejak dahulu lagi Malaysia telah menggunakan dimensi pendapatan atau kewangan untuk mengukur kemiskinan. Kaedah ini dianggap kurang tepat untuk memberi petunjuk mengenai kemiskinan. Bahkan, kadar kemiskinan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaharin, Nurfitriyah Salihah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78115/1/78115.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78115/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Kajian membincangkan mengenai penentuan kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Sejak dahulu lagi Malaysia telah menggunakan dimensi pendapatan atau kewangan untuk mengukur kemiskinan. Kaedah ini dianggap kurang tepat untuk memberi petunjuk mengenai kemiskinan. Bahkan, kadar kemiskinan di Malaysia dikatakan jauh lebih tinggi berbanding angka rasmi sebenar. Ini kerana Malaysia masih menggunakan garis kemiskinan yang terlalu rendah dan tidak mencerminkan kos sara hidup sebenar untuk mengukur tahap kemiskinan. Lantaran itu, kerajaan telah menambahbaik dengan melaksanakan kajian semula Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk menjadi pelengkap kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedia ada dengan mengambil kira tiga dimensi tambahan iaitu kesihatan, pendidikan dan taraf hidup. Oleh itu, kajian ini mengandungi tiga objektif, pertama, ia bertujuan menjelaskan konsep kemiskinan multidimensi. Kedua, untuk menganalisis indikator kemiskinan multidimensi dalam penentuan asnaf. Ketiga, untuk mencadangkan gari panduan penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan kerangka kemiskinan multidimensi. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah kajian temu bual digunakan dalam proses pengumpulan data. Hasil dapatan kajian menunjukkan penentuan asnaf fakir dan miskin di LZS dan MAIWP telah menggunakan pendekatan unidimensi dan multidimensi dalam had kifayah yang mana pengukuran kemiskinan telah mengambil kira aspek kuantiti iaitu pendapatan manakala aspek kualiti terdiri daripada pelbagai dimensi iaitu pendidikan, kesihatan, makanan, taraf hidup (kesejahteraan), pengangkutan, dan mentaliti. Justeru, kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan dalam menambahbaik indikator penentuan asnaf fakir dan miskin sedia ada dan pada masa yang sama dapat membantu institusi zakat di Malaysia serta pihak berwajib dalam menentukan fakir dan miskin dalam usaha membasmi kemiskinan