Bersyukurlah : Allah subhanahu wata'ala berfirman: "...jika kalian bersyukur, maka aku akan tambah..." (QS. Ibrahim: 7) / Rofiza Aboo Bakar

2 Februari 2023 - Entah kenapa hati ini sayu melihat seorang makcik pembersih pejabat hari ini. Beliau telahpun berusia lebih 70 tahun tetapi masih bergelut mencari nafkah dengan mencuci tandas, pejabat serta lorong-lorong yang dilalui pelajar dan staf di UiTMCPP. Selain itu beliau juga sibuk mencar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aboo Bakar, Rofiza
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78374/1/78374.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78374/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:2 Februari 2023 - Entah kenapa hati ini sayu melihat seorang makcik pembersih pejabat hari ini. Beliau telahpun berusia lebih 70 tahun tetapi masih bergelut mencari nafkah dengan mencuci tandas, pejabat serta lorong-lorong yang dilalui pelajar dan staf di UiTMCPP. Selain itu beliau juga sibuk mencari kotak-kotak dan kertas-kertas yang dibuang staf untuk dijual semula. “Nak buat apa makcik ambik kotak tu?” saya menyapanya. “Nak juai balik, dapatla cari duit lebih… nak bela cucu ramai kat rumah tu,” jawab beliau ceria, cuba menutup kesedihan. Saya tidak dapat mengungkapkan kata-kata lagi. Perlahan-lahan saya seluk beg dan mengambil beberapa ringgit dan meletakkan ke dalam sakunya dan cepat-cepat berlalu. “Puan… puan… la toksah puan!” dia memanggil saya untuk menyerahkan kembali wang itu. Saya menoleh dan mengangkat tangan kepadanya sambil mempercepatkan langkah supaya beliau tidak dapat mengembalikan wang itu. Sambil berjalan, saya terfikir betapa saya perlu sangat-sangat bersyukur mempunyai pekerjaan saya ini. Dapat makan sedap, dapat pakai baju cantik, dapat naik kereta. Pendek kata dapat macam-macamlah jika mahu dibandingkan dengan mereka dan ramai lagi orang yang susah di luar UiTM sana. Itupun, mulut ini masih mahu mengomel: penat, tak larat, ahhhh… kenapa kena marking skrip beratus-ratus, aduhhh… bila masa nak buat inovasi dan penyelidikan ni, saya nak pencen, dan entah apa-apalah lagi. Saya beritahu diri ini bahawa saya kena banyak belajar bersyukurlah! Kena pastikan semua kelas berjalan dengan sempurna! Jangan curi tulang! Jangan curi masa! Jangan lengah-lengahkan kerja! Kalau ya pun susah, saya belum perlu mengutip kotak dan kertas untuk dijual! Kena banyak belajar bersyukur!