Pembangunan instrumen penilaian kerohanian ketenteraan Malaysia (INPERO) / Azlisham Abdul Aziz
Penilaian kerohanian ketenteraan Malaysia yang intangible memerlukan suatu garis panduan bagi mengatasi isu ketiadaan instrumen yang spesifik dan komprehensif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Instrumen Penilaian Kerohanian Ketenteraan Malaysia (INPERO) yang mempunyai ciri-ciri boleh dipercay...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78558/1/78558.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78558/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Mara |
Language: | English |
Summary: | Penilaian kerohanian ketenteraan Malaysia yang intangible memerlukan suatu garis panduan bagi mengatasi isu ketiadaan instrumen yang spesifik dan komprehensif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Instrumen Penilaian Kerohanian Ketenteraan Malaysia (INPERO) yang mempunyai ciri-ciri boleh dipercayai (realible) dan sah (validate) dalam penilaian kerohanian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2014) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk pembangunan dan penilaian. Fasa pertama bertujuan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan untuk membangunkan panduan penilaian kerohanian ketenteraan Malaysia. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk konstruk penilaian kerohanian ketenteraan Malaysia yang disepakati pakar sementara fasa ketiga menilai tahap kualiti kesahannya dan kebolehpercayaannya serta menghasilkan profil kerohanian anggota ATM. Kutipan data bagi fasa pertama, iaitu analisis keperluan kajian melibatkan 8 orang informan dengan menggunakan temu bual semi berstruktur. Data bagi fasa ini dianalisis menggunakan analisis tematik ATLAS.ti melalui transkripsi temu bual. Data fasa kedua, iaitu reka bentuk pembangunan dikutip menggunakan set soal selidik skala Likert 7-poin melalui Fuzzy Delphi Method (FDM) melibatkan 15 orang panel pakar. Data fasa terakhir, iaitu penilaian pula melibatkan 400 anggota muslim ATM yang kemudian dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan data Fasa Analisis Keperluan menunjukkan semua informan bersetuju bahawa panduan penilaian kerohanian dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Mereka juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai empat dimensi, iaitu (i) penghayatan akidah; (ii) penghayatan ibadah; (iii) penghayatan akhlak; dan (iv) penghayatan Islam dalam nilai Ikrar Kesatria ATM. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua panel pakar Delphi bersetuju dengan keempat-empat dimensi tersebut dengan skor Julat antara Kuartil (JAK) 0.00 - 1.00 dan disokong dengan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan pakar untuk menerima 205 item melalui analisis FDM yang menunjukkan nilai threshold (d ≤ 0.2), peratusan kesepakatan pakar ( ≥75%) dan skor Fuzzy (A) nilai α-cut = > 0.5. Pada Fasa Penilaian, 15 item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak sepadan (misfit) dengan nilai berada di luar sempadan yang ditetapkan (outfit ZSTD = 0.5 - 1.5). Kajian sebenar telah mengekalkan 190 item yang mempunyai ciri kesahan baik bagi setiap item dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.97; kebolehpercayaan person: 0.97; PTMEA CORR item yang positif; outfit MNSQ item = 0.5 - 1.5 logit; dan ZSTD > -/+2). Kajian ini berjaya menghasilkan instrumen yang berkualiti tinggi dari aspek kebolehpercayaan dan kesahan. Profil kerohanian anggota ATM secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana namun ianya mencapai norma kajian. Justeru, kajian ini menyumbang kepada pembangunan alat ukur yang menepati ciri psikometrik dan boleh digunakan untuk meningkatkan kompetensi anggota ATM. Instrumen ini dicadangkan untuk digunakan sebagai satu mekanisme alat dalam penilaian kerohanian anggota ATM sebagai menjambatani integrasi kaedah penilaian material dan tangible sedia ada dalam ATM. |
---|