Pasaraya Baitulmal di Selayang Baru dan prospeknya di masa hadapan / Shamsidar Ahmad … [et al.]

Laporan kajian Pasaraya Baitulmal Sdn. Bhd. di Selayang Baru dan prospeknya di masa hadapan adalah merangkumi fakta-fakta penting yang menjelaskan sistem sebuah pasaraya bercorak Islam. Di dalam Bab Pertama, dikemukakan tujuan mengapa dan matlamat kajian yang dijalankan. la juga menyentuh aspek-aspe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Shamsidar, Shaharuddin, Afzan, Mohd. Soom, Latifah, Mohamad, Fauziah, Hassan, Noriza, Abdul Ghafar, Rosni
Format: Student Project
Language:English
Published: 1985
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87112/1/87112.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87112/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Laporan kajian Pasaraya Baitulmal Sdn. Bhd. di Selayang Baru dan prospeknya di masa hadapan adalah merangkumi fakta-fakta penting yang menjelaskan sistem sebuah pasaraya bercorak Islam. Di dalam Bab Pertama, dikemukakan tujuan mengapa dan matlamat kajian yang dijalankan. la juga menyentuh aspek-aspek bagaimana kajian ini dijalankan, cara-cara pengumpulan data, skop dan masalah yang dihadapi ketika kajian ini dijalankan. Bab kedua, memaparkan skop Baitulmal, bidang operasi dan fungsinya terhadap pembangunan negara. la juga menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan perjalanan Pasaraya. Ini meliputi sistem pengurusan, teknik dan strategi pemasaran. Bab Ketiga, mencakupi peraturan dan undang-undang semasa yang bersangkutan dengan Pasaraya. Penerangan dibuat secara ringkas mengenaLnya. ,Bab ini juga mengemukakan konsep-konsep urusniaga (mua'amalat) dan konsep jualbeli dalam Islam. la juga menitikberatkan faktorfaktor yang perlu dipertimbangkan dan melaksanakan urusan jualbeli. Bab Empat, menerangkan jenis-jenis barangan yang dipaSarkan di- Pasaraya, jumlah belian dan jualan serta penyata untiing rugi. Bab Kelima, membincangkan pembekal-pembekal atau pengeluar-pengeluar yang mengeluarkan barang-barang keluaran Islam. Tinjauan dibuat samada pembekal mampu mengeluarkan barang-barang untuk memenuhi permintaan di pasaran.