Simbiosis perikanan dan hutan paya bakau / Nurul Asyikin Ibharim

Hutan paya bakau merujuk kepada tumbuh-tumbuhan tropika yang hidup di dalam komuniti paya serta kawasan bersaliniti. Lokasi bagi hutan ini hidup subur adalah di dalam zon pasang surut yang dominan di sepanjang garisan pantai tropika. Akan tetapi, kawasan tumpuan bagi pembiakan hutan paya bakau hanya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibharim, Nurul Asyikin
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87423/1/87423.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/87423/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Hutan paya bakau merujuk kepada tumbuh-tumbuhan tropika yang hidup di dalam komuniti paya serta kawasan bersaliniti. Lokasi bagi hutan ini hidup subur adalah di dalam zon pasang surut yang dominan di sepanjang garisan pantai tropika. Akan tetapi, kawasan tumpuan bagi pembiakan hutan paya bakau hanya terletak di antara daratan dan lautan yang terlindung daripada ombak besar. Terdapat kepelbagaian spesies tumbuhan dan haiwan yang bersimbiosis di sepanjang kawasan hutan paya bakau. Selain itu, antara kriteria lain bagi mengenali spesies tumbuhan hutan paya bakau adalah ia mempunyai taksonomi yang terasing dari komuniti pokok daratan. Hal ini menjadikan tumbuhan di hutan paya bakau mampu beradaptasi dengan baik dengan persekitaran yang ekstrem serta membolehkan ekosistem ini untuk hidup dalam keadaan yang dipengaruhi oleh arus pasang surut dan juga keadaan cuaca yang tidak menentu. Ekosistem yang unik ini merupakan ekosistem hutan yang paling produktif di dunia. Akan tetapi, kelestarian ekosistem ini terancam oleh pelbagai faktor antropogenik mahupun semulajadi. Salah satu ancaman ialah penyusutan kawasan hutan paya bakau, ekoran daripada kesan pelbagai aktiviti di sepanjang pesisir pantai.