Terapi alam: taman sebagai oasis kesejahteraan mental melalui lensa arkitek landskap / Sharifah Khalizah Syed Othman Thani

Infrastruktur yang canggih, aktiviti sosial dan komersial yang dinamik, serta kemudahan penjagaan kesihatan yang progresif menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi di pusat bandar. Walaubagaimanapun, salah satu daripada banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar adalah peningkatan risiko t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Othman Thani, Sharifah Khalizah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90525/1/90525.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/90525/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Infrastruktur yang canggih, aktiviti sosial dan komersial yang dinamik, serta kemudahan penjagaan kesihatan yang progresif menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi di pusat bandar. Walaubagaimanapun, salah satu daripada banyak masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar adalah peningkatan risiko tekanan akibat gaya hidup moden yang sibuk dan pendedahan kepada tekanan persekitaran bandar. Kesesakan dan kepadatan penduduk, kualiti alam sekitar yang terjejas, isu lalu lintas dan pengangkutan, dan ketidakseimbangan kehidupan dan alam pekerjaan kesemuanya memudaratkan kesihatan manusia, terutamanya kesejahteraan mental (Lederbogen et al., 2013). Hal ini telah menyebabkan pelbagai agensi antarabangsa serta kebangsaan mengambil inisiatif untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih berkualiti ke arah kesejahteraan kesihatan fizikal dan mental.