Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan berpandukan kisah teladan Nabi Yusuf / Amiratul Munirah Yahaya ... [et al.]

Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan adalah amat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia kini masih menempuh fasa endemik COVID-19 dan berhadapan dengan kemelut ekonomi keluarga serta ketidakstabilan penjanaan kewangan akibat faktor ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Amiratul Munirah, Yakob, Mohd Asmadi, Izham, Siti Sarah, Abdullah, Murihah, Moidin, Shofiyyah
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91876/1/91876.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/91876/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Perancangan ekonomi keluarga dalam aspek pengurusan kewangan adalah amat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Tambahan pula, masyarakat Malaysia kini masih menempuh fasa endemik COVID-19 dan berhadapan dengan kemelut ekonomi keluarga serta ketidakstabilan penjanaan kewangan akibat faktor tertentu. Justeru kisah teladan Nabi Yusuf a.s akan mengemukakan teknik-teknik dan perancangan sebagai persediaan awal dalam menguruskan kewangan khususnya dalam aspek kekeluargaan. Objektif kajian ini bertujuan mengkaji tafsiran ayat-ayat dalam surah Yusuf berkait perancangan pengurusan kewangan keluarga menurut perspektif al-Quran. Kemudian menganalisis teknik-teknik perancangan kewangan tersebut agar dapat diaplikasikan dalam institusi kekeluargaan. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes. Pengumpulan data kajian melalui kajian kepustakaan berdasarkan sumber primer dari kitab-kitab tafsir dan sumber sekunder yang terdiri dari artikel jurnal. Temubual semi struktur juga diadakan secara terpilih melibatkan agen pengurusan kewangan dari agensi perlindungan takaful. Analisis data kajian dilakukan secara induktif, deduktif dan analisa dokumen. Hasil dapatan kajian mendapati strategi perancangan kewangan Nabi Yusuf a.s bertepatan dengan konsep simpanan dan pelaburan, keselamatan makanan (food security) dan alternatif perlindungan pencaruman takaful keluarga sebagai persediaan menghadapi cabaran kemelut ekonomi keluarga. Justeru, pengetahuan dan kesedaran terhadap perancangan pengurusan kewangan keluarga berdasarkan teori pengurusan kewangan Nabi Yusuf a.s perlu diberi pendedahan untuk disebarkan dalam masyarakat agar menjadi garis panduan dan solusi yang berkesan dalam perancangan pengurusan kewangan keluarga.