Transkrip wawancara bersama Mohd Razi bin Che Wil tok juara dikir barat / Wan Nurfitri Athirah Wan A.Azlan and Wan Nursyaza Ainaa Wan Mazri

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Lagenda Dikir Barat Negeri Kelantan iaitu Mohd Razi Bin Che Wil atau lebih dikenali sebagai Rozi Kemang Berduri. Temubual ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandangan beliau terhadap keunikan dan keistimewaan di sebalik Dikir Bara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan A.Azlan, Wan Nurfitri Athirah, Wan Mazri, Wan Nursyaza Ainaa
Format: Monograph
Language:English
Published: Perpustakaan Tengku Anis 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94070/2/94070.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/94070/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Transkrip ini mengandungi temubual bersama Lagenda Dikir Barat Negeri Kelantan iaitu Mohd Razi Bin Che Wil atau lebih dikenali sebagai Rozi Kemang Berduri. Temubual ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pandangan beliau terhadap keunikan dan keistimewaan di sebalik Dikir Barat. Hal ini kerana, persembahan dikir barat ini tidak luput ditelan zaman dan sehingga kini, dapat dilihat Dikir Barat masih menjadi simbolik atau tarikan di Negeri Kelantan. Namun dengan adanya dikir barat moden, kedudukan seni budaya Dikir barat menjadi goyah. Temubual ini dijalankan di rumah beliau di Jalan Kampung Laut 2, Kelantan. Mohd Razi Bin Che Wil merupakan salah seorang penggiat seni dikir barat sebagai Tok Juara iaitu dalam bidang nyanyian. Oleh yang demikian sepanjang bergelar Tok Juara, banyak dan pelbagai lagu yang dinyanyikan dan dihasilkan of eh beliau. Lagu -lagu beliau juga masih menjadi pilihan generasi muda untuk dinyanyikan dalam persembahan Dikir Barat. Tambahan pula, sebagai seorang !agenda penggiat seni dikir barat yang telah dianugerahkan "Ikon Tok Juara" di Ma/am Himpunan Dikir Barat 2022 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK) serta kerjasama Persatuan Dikir Barat Negeri Kelantan (PENDIKIR), pandangan beliau berkaitan dengan keunikan dan keistimewaan disebalik dikir barat ini amat berharga, dan temubual ini juga sekaligus akan tertumpu kepada latar belakang dan sumbangan beliau di dalam Dikir Barat. Temubual ini akan memberikan pengetahuan yang dapat membuka minda generasi muda untuk memartabatkan lagi budaya Dikir Barat yang sedia ada bukan sahaja di Negeri Kelantan, malah di negeri-negeri seluruh negara kita Malaysia.