Dialog kehidupan di Sabah: Analisis pengalaman saudara baru

Kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan mengenai idealisme dialog kehidupan dan asas-asas dialog kehidupan yang dipraktikkan dalam masyarakat majmuk di Sabah. Secara teorinya, dialog kehidupan adalah salah satu bentuk dialog antara agama yang lazimnya juga dikenali sebagai ‘dialog kultural’. Di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sintang, S., Hambali, K.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11265/1/A24.pdf
http://eprints.um.edu.my/11265/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Language: English
Description
Summary:Kertas kerja ini mengetengahkan perbincangan mengenai idealisme dialog kehidupan dan asas-asas dialog kehidupan yang dipraktikkan dalam masyarakat majmuk di Sabah. Secara teorinya, dialog kehidupan adalah salah satu bentuk dialog antara agama yang lazimnya juga dikenali sebagai ‘dialog kultural’. Dialog ini berbeza dengan ‘dialog struktural’ dari segi kaedah pelaksanaan, kandungan perbincangan, peserta dialog serta tempat dan masa dialog itu berlangsung. Dari segi praktikal, dialog kehidupan dibina dari asas saling kenal mengenali dan berkongsi aktiviti bersama. Perkenalan ini bermula apabila wujud pertemuan dan tinggal bersama antara masyarakat pelbagai agama dan etnik. Fenomena ini menjelaskan dialog kehidupan dibentuk dari lanskap dan platformnya yang tersendiri mengikut konteks masyarakat tersebut. Bagi memahami senario dialog kehidupan di Sabah, kajian ini memfokuskan pengalaman hidup saudara baru pada peringkat sebelum memeluk Islam (pra-konversi) yang memaparkan pertemuan, tinggal bersama dan jalinan perkenalan dengan Muslim. Pendekatan kajian kes dijalankan dengan memfokuskan mualaf dari pelbagai etnik yang bermastautin di sekitar Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang bersandarkan teknik temubual mendalam. Analisis data diolah dan dipersembahkan dalam bentuk analisis tematik yang disepadukan dengan transkripsi temubual dalam bentuk nukilan verbatim.