Pakej pembelajaran selangkah ke dunia abjad (SEDA) / Liana Mohamed Kasah

Perkembangan teknologi komputer kini dilihat begitu pesat sekali hinggakan tiada tanda-tanda yang ia akan reda atau berhenti untuk seketika. Berbagai gambaran diberi mengenai rekabentuk dan keupayaan komputer pada masa hadapan. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Liana, Mohamed Kasah
Format: Thesis
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/10231/1/Liana_Mohamed_Kasah_(_Selangkah_Ke_Dunia_Abjad_SEDIA).pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/10231/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:Perkembangan teknologi komputer kini dilihat begitu pesat sekali hinggakan tiada tanda-tanda yang ia akan reda atau berhenti untuk seketika. Berbagai gambaran diberi mengenai rekabentuk dan keupayaan komputer pada masa hadapan. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Berikutan perkembangan ini maka timbullah idea untuk membangunkan suatu sistem pembelajaran berpakej yang menerapkan pelbagai unsur multimediaa berinteraktif. Pakej yang diberi nama "Pakej SEDA" memberikan pengenalan asas abjad-abjad untuk kanak-kanak usia 3 hinggalah 6 tahun, malah sesuai juga digunakan untuk kanak-kanak berusia kurang daripada lingkungan umur diatas. Alternatif kepada guru-guru di sekolah dalam mempelbagaikan kaedah mengajar kerana peranannya yang lebih kepada alat bantuan pengajaran. Pemilihan konsep multimedia adalah untuk membolehkan pakej ini terhasil daripada gabungan teks, grafik, bunyi, animasi dan video, menyediakan persekitaran pembelajaran interaktif yang tentunya dapat menarik minat kanak-kanak. Pakej ini menggunakan perisian Macromedia Director 8.0 sepenuhnya untuk pembangunan di samping beberapa lagi perisian lain bagi menjadikannya lebih efektif. Metodologi yang digunakan adalah Model Pembangunan Air Terjun yang menyediakan prosedur yang dapat membantu pembangun yang tidak berpengalaman dalam pembangunan sistem. Akhirnya diharaplkan dengan kewujudan pakej ini mampu menyumbangkan sesuatu dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak terbabit.