Online Claim Information System (OCIS)/ Kharmar Sukarno

WXES 3182 Projek Ilmiah Tahap Akhir 2 merupakan kursus teras fakulti bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang menjalani kursus Sarjana Muda Sains Komputer. Setiap pelajar dikhendaki menjalankan sebuah projek dan menyediakan satu laporan bertulis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kharmar , Sukarno
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/11111/1/Kharmar_Sukarno_0203.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/11111/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaya
Description
Summary:WXES 3182 Projek Ilmiah Tahap Akhir 2 merupakan kursus teras fakulti bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang menjalani kursus Sarjana Muda Sains Komputer. Setiap pelajar dikhendaki menjalankan sebuah projek dan menyediakan satu laporan bertulis tentang projek tersebut. Online Claim Information System (OCIS) adalah tajuk bagi projek ini iaitu sebagai alternatif yang dicadangkan untuk sistem tuntutan semasa syarikat BorneoSys. Sdn. Bhd.. Sistem ini kelak akan digunakan oleh perkerja-pekerja syarikat yang terdiri daripada jurutera-jurutera, pegawa pemasaran, staf pentadbiran dan juga pengurus syarikat. Untuk membangunkan OCIS, Lotus Domino telag digunakan sebagai alat pembangunan yang utama. Kelebihan utama sistem ini berbanding sistem sedia ada adalah sifat kebolehcapainya dimana ia akan dapat dicapai secara atas talian melalui internet. Para pekerja boleh menggunakan pelayar web biasa untuk memasuki sistem ini dan ini dapat dilakukan bukan sahaja di dalam syarikat tetapi juga melalui komputer di luar daripada pejabat.Memandangkan OCIS boleh dicapai melalui internet, ia telah direkebentuk dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya segala transaksi adalah rahsia dan hanya pekerja-pekerja Syarikat BorneoSys sahaja yang boleh memasukinya.